Tuesday 27 March 2012

Sembang-Sembang Belia DUN TUPONG

TUPONG – Program Sembang-sembang Belia di Kuching telah diadakan di Jeti Kampung Paroh, Tupong dan dihadiri oleh Encik Syed Zaid Bin Wan Asnawi Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kuching, Encik Mahdi Bin Tommy Ketua Pemuda PBB Kampung Paroh, pegawai-pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kuching dan belia di kawasan berkenaan.

Program sembang-sembang belia ini juga telah dihadiri seramai 50 orang belia di kampong berkenaan. Kebanyakkan mereka adalah berbangsa Melayu dan aktif bersukan iaitu lumba perahu.

Sesi sembang-sembang Belia telah digunakan oleh belia di kampong berkenaan untuk berinteraksi secara terus kepada pihak Belia dan Sukan bahagian Kuching. Antara permintaan belia di kawasan berkenaan adalah memohon padang futsal,balai raya,dewan masyarakat dan bantuan berbentuk peruntukkan untuk menjalankan aktiviti sukan air iaitu lumba perahu. Kebanyakkan belia di kampung ini aktif dalam sukan air ini dimana mereka banyak memenangi acara lumba perahu. Penulis juga diberitahu bahawa kedua-dua perahu panjang yang mereka gunakan untuk aktiviti sukan ini telah disumbangkan oleh Yang Berhormat Datuk Fadillah Yusuf Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia yang juga merangkap sebagai ahli parlimen bagi kawasan PetraJaya, Kuching. Diatas keprihatinan yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Datuk Fadillah, belia di kampong Paroh ini sangat aktif dalam melibatkan diri dengan menyertai aktiviti sukan air bagi mengisi masa lapang mereka.  
Program berkenaan juga telah digunakan sepenuhnya oleh pegawai Belia dan Sukan bahagian Kuching untuk mendengar permasalahan belia di kawasan berkenaan dan juga turut mempromosikan bangunan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang baharu dan fungsinya untuk belia setempat. Program yang berbentuk santai dan mesra ini turut dimeriahkan aktiviti karaoke disamping kami juga disajikan dengan ikan tilapia bakar special di kampong berkenaan.




No comments:

Post a Comment

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA