Saturday 9 March 2013

Manisfesto Yang Boleh Melingkupkan Negara





Kenyataan yang diberikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad ketika diajukan soalan mengenai pandangannya terhadap Manisfesto yang diwar-warkan pihak Pakatan Pembangkang untuk kempen pilihanraya ke-13 ini, beliau menjawab, “negara akan muflis”.

Sambil tersenyum, beliau berkata “pembangkang kata manifesteso ini bukan janji”..

Menambah lebih lanjut, beliau menjelaskan bahawa nasib Malaysia sekiranya manifesteso itu berjaya di laksanakan, kita akan menjadi seperti negara Greece yang berbelanja besar sehingga berhutang melebihi pendapatan, akhirnya negara kesatuan Eropah itu, jatuh muflis!

Ujar Tun Mahathir lagi, sepertimana yang terkandung di dalam buku jingga mereka mencadangkan penurunan beberapa cukai dan berbelanja lebih, ini menjejaskan perolehan negara. “Negara dapat hasil sedikit, tapi yang keluar banyak”…

Penelitian seorang yang berpengalaman dalam soal urus tadbir negara serta telah berjaya menyelamatkan krisis kewangan yang melanda Malaysia ketika dahulu, bagaimana mahu kita bidas pandangan daripada orang seperti Tun Mahathir ini?

Bukan sahaja telah berjasa kepada negara, beliau juga antara individu yang paling diyakini kerana sering kali diundang oleh negara-negara luar, untuk membantu negara mereka meningkatkan taraf ekonomi.

Sebab itu, agenda yang dibawa oleh pembangkang ini melalui manifesto mereka, wajar kita tolak kerana dilihat sekadar mahu memancing pengundi pada PRU-13. Adakah ini “gula-gula”?

Manifesto bukan janji kata mereka, tapi apa yang pasti jika di laksana, muflis lah jadinya. Maka tidak hairanlah Tun memberi tafsiran bahawa ini adalah “kerja orang bodoh…” sebab “tak pernah lagi orang buat”. KLIK BANNER DI BAWAH


 






Friday 8 March 2013

Mendepani Tiga Cabaran Utama Di Lahad Datu

Lahad_Datu 

 

Semenjak tercetusnya krisis pencerobohan di Lahad Datu sehinggalah pertempuran demi pertempuran yang berlaku di sana, ada sahaja rintangan yang terpaksa diharungi oleh pasukan keselamatan kita.

Sekurang-kurangnya ada tiga cabaran utama yang terpaksa kita hadapi sepanjang tempoh genting ini.

Pertamanya tentangan dari pengganas Sulu yang mahir dalam peperangan bercorak gerila dan mirip kelakuannya seperti komunis yang gemar menggunakan pendekatan ganas bermatlamat untuk menjatuhkan moral dan semangat tempur lawan mereka.

Ini jelas dapat dilihat selepas dua pertempuran awal yang menyaksikan beberapa anggota keselamatan kita ada antaranya diseksa dan dizalimi, sementara yang lain ada yang dipenggal kepalanya.

Keadaan ini amat memilukan kaum keluarga perajurit yang terkorban dan sedikit mengganggu emosi anggota keselamatan yang lain, namun pengalaman berdepan dengan kekejaman komunis suatu ketika dulu mengajar kita erti keteguhan semangat dalam meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Kedua, cabaran yang tidak kurang hebatnya datang dari media luar negara yang banyak menyiarkan maklumat propaganda menyebelahi kumpulan pengganas Sulu. Mereka bukan sahaja cuba membenarkan tuntutan hak milik ke atas Sabah, malah memanfaatkan media-media tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk membangkitkan ketakutan di kalangan rakyat Malaysia khususnya di Sabah.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila ada di kalangan pengamal media elektronik dalam negara yang turut menjadi penyambung lidah kepada propaganda Jamalul Kiram dan kuncu-kuncunya sehingga menimbulkan keraguan segelintir khalayak terhadap kemampuan pasukan keselamatan kita dalam menangani isu ini.

Ketiga, cabaran paling getir yang perlu dihadapi bila mana wujudnya segelintir rakyat kita yang langsung tidak memiliki semangat patriotik telah cuba memperlekehkan kesahihan peristiwa Lahad Datu yang digambarkan oleh mereka ini kononnya ia adalah sandiwara atau konspirasi yang di ada-adakan.

Selain itu, golongan yang tidak patriotik ini juga turut meremehkan nyawa anggota keselamatan kita yang telah terkorban di masa yang sama mereka juga mempersendakan kemampuan pasukan keselamatan kita untuk berdepan dengan tentangan pengganas Sulu.

Jika boleh mereka seperti mahu melihat lebih ramai anggota keselamatan kita mati di tangan musuh supaya bila ia berlaku demikian maka bolehlah dijadikan modal politik untuk menghentam kerajaan seterusnya menghasut khalayak membenci pimpinan negara kelak.

Lagak mereka seperti agen kepada pengganas Sulu walau hakikatnya mereka adalah penyokong pembangkang yang tersepit gara-gara permainan politik pemimpin mereka yang terbukti telah bersekongkol menjemput penceroboh melanggar Sabah.

Mungkin hanya bila ada kenalan atau ahli keluarga rapat mereka yang menjadi mangsa peluru pengganas Sulu barulah agaknya tika itu golongan tidak patriotik ini akan berhenti dari terus memperolokkan apa yang berlaku di bumi Sabah. Busuk benar hati golongan ini. Baca Selanjutnya..http://www.suaragenerasibaru.com/?p=71713.

KRONOLOGI PENCEROBOHAN LAHAD DATU

SUMBER DIPETIK DARIPADA www.suaragenerasibaru.com
PM_daulat




KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi selepas hari ketiga Op Daulat bagi menangani pencerobohan pengganas Filipina di Lahad Datu, Sabah:

5 Mac (7 pagi) – Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh bersenjata Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di sekitar kampung itu.

5 Mac (8 pagi) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.



Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK) membawa dua suspek yang berjaya ditahan ketika “Ops Daulat” di sebuah ladang sawit di sini. Dalam operasi itu polis berjaya menahan empat lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh untuk di soal siasat.

5 Mac (4 petang) – Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu sidang akhbar operasi susulan dan penggeledahan diteruskan kerana percaya masih ada musuh di kawasan itu.

6 Mac (11 pagi) – Ketua Polis Negara sahkan kumpulan penceroboh mula menyamar dengan berpakaian seperti orang awam untuk melepaskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan.



Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan gambar anggota pengganas Sulu yang mati dalam “Ops Daulat” pada sidang media di Felda Beach Resort di sini. Turut sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan). Sebanyak tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu.

6 Mac (4 petang) – Hari kedua Op Daulat: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan seorang anggota kumpulan penceroboh ditembak mati dan sembilan mayat ditemui di dalam lubang di kawasan ladang dekat Kampung Tanduo.

6 Mac – Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas di dalam sebuah lubang.

6 Mac – Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Al-Haj Murad Ebrahim mengakui kumpulan pemberontak terbesar di Filipina itu tidak terlibat dalam konfrontasi antara penceroboh bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia di timur Sabah.

6 Mac (6 petang) – Berlaku tembak menembak antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas di tiga lokasi di kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pada kira 4.15 petang semasa operasi susulan dan penggeledahan.

7 Mac (7 pagi) – Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan di darat untuk mengekang bekalan makanan dan persenjataan sampai kepada pihak musuh.

7 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sabah dan bertemu pemimpin masyarakat kaum Suluk di Tawau; turut menyatakan kerajaaan tidak sangsi terhadap kesetiaan etnik itu berikutan insiden pencerobohan tersebut.

7 Mac (15.50 petang) Perdana Menteri mengumumkan pada sidang media di Felda Sahabat pembentukan Kawasan Keselamatan Khas di pantai timur negeri ini, yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

- Najib berkata penceroboh Filipina di Sabah perlu letak senjata tanpa syarat sebelum tawaran gencatan senjata dipertimbangkan.

- Najib umum tambahan lima batalion anggota pasukan keselamatan untuk ditempatkan di kawasan keselamatan khas di timur Sabah.

- Najib berkata Op Daulat akan diteruskan sehingga penceroboh di Sabah meletakkan senjata tanpa syarat.

- Perdana Menteri beri amaran kepada mana-mana pihak jangan pandang ringan iltizam rakyat dan kerajaan mempertahankan bumi Sabah sebagai sebahagian dari Malaysia selama-lamanya.

7 Mac (5.30 petang) – Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang musuh terbunuh dalam Op Daulat di Tanjung Batu semalam manakala 31 lagi, termasuk seorang berpangkat jeneral terbunuh hari ini.

7 Mac – Sehingga pukul 7 petang, seramai 52 penceroboh maut sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna.


 Iklan Berbayar


Artikel disiar pada 08/03/2013 - 8:53 am




Thursday 7 March 2013

Apa Itu KEMURUNGAN?


Kemurungan bukan penyakit yang diada-adakan atau terpendam dalam otak. Ia memang satu penyakit yang memerlukan rawatan dan mempengaruhi berjuta-juta manusia setiap tahun. Namun demikian, kemurungan selalu disalah tafsirkan, atau tidak disedari lansung.


Mengapa penyakit yang begitu umum ini sering tidak diubati? Banyak sebab yang boleh diberikan.
Sesetengah orang mungkin tidak mendapat rawatan kerana mereka rasa bahawa suatu hari nanti mereka akan bebes daripada belenggu kemurungan. Sesetengahnya pula mungkin menganggap kemurungan satu kelemahan atau kegagalan peribadai yang dapat ditangani sendiri. Manakala yang lain pula mungkin tidak sedar bahawa terdapat rawatan perubatan yang berkesan untuk kemurungan.

Justeru itu, individu yang mungkin dilanda kemurungan biasanya tidak membincangkan gejala-gejala yang dialami dengan doktor mereka. Akibatnya penyakit it terus tersembunyi.

APA ITU KEMURUNGAN?

Kemurungan ialah penyakit yang benar-benar wujud dan mempunyai punca-punca dan gejala-gejala yang nyata. Memandangkan setiap individu adalah berbeza, maka gejala-gejala yang dialami turut berbeza-beza antara satu sama lain. Malah bukan setiap orang akan mendapat kesemua gejala dan bukan semua orang akan mengalami gejala-gejala yang sama. Namun gejala-gejala ini biasanya akan mempengaruhi kehidupan seharian kita dan berkekalan.

Stress/Hilang tumpuan, Ingin bunuh diri, Sukar untuk tidur, TENSION, Tiada selera makan & Kecewa!

Kemurungan bukanlah khayalan atau sekadar bermain dalam fikiran anda. Ambil tindakan segera menangani kemurungan!

PUNCA KEMURUNGAN

Kebanyakkan doktor percaya bahawa ketidakseimbangan serotonin merupakan satu punca kemurungan. Serotin ialah sejenis bahan kimia yang wujud secara semula jadi dalam tubuh badan manusia.
Para penyelidik mendapati bahawa terdapat keluarga-keluarga yang cenderung kepda penyakit kemurungan ini kemungkinan disebabkan oleh keturunan, seperti penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan lain-lain.
Kemurungan boleh dicetuskan oleh beberapa faktor secara berasingan atau bersama. Faktor-faktor ini termaksuklah tekanan yang berpunca daripada perceraian, kematian ahli keluarga atau sahabat karib dan sebagainya.

Selain itu, penyakit kronik atau pembedahan utama juga boleh mengakibatkan kemurungan. Malah sesetengah rawatan perubatan termasuk ubat-ubat kardiovaskular, hormone, pil pencegahan kehamilan dan ubat-ubat penyakit Parkinson boleh menyebabkan kemurungan atau memburukkan keadaannya.

GEJALA KEMURUNGAN

  1. Kehilangan minat terhadap aktiviti yang biasa dinikmati, seperti hobi atau aktiviti harian.
  2. Mengalami kesedihan atau keresahan yang luar biasa. 
  3. Menghadapi masalah sukar masuk tidur, bangun terlalu awal atau lewat.
  4. Kemerosotan daya penumpuan.
  5. Perubahan selera makan.
  6. Berasa lebih letih daripada biasa. 
  7. Rasa bersalah atau tidak berguna.
  8. Gelisah atau pergerakkan menjadi lambat dengan ketara. 
  9. Berfikiran tentang keinginan membunuh diri atau mati.
  10. Jika anda berasa biasa dengan mana-mana gejala di atas,sila dapatkan kaunselor. 
LANGKAH PERTAMA, RUJUK KAUNSELOR.

Apabila anda berasa sesuatu yang kurang selesa dengan keadaan anda sila rujuk dengan kaunselor bagi melihat sejauh mana seriusnya permasalahan anda itu. Jika dengan kaunselor sudah memadai, cukup dengan kaunselor sahaja. Jika tahap kemurungan anda serius maka baiklah berjumpa dengan pakar psikiatri di Hospital Kerajaan mahupun swasta yang mempunyai kepakaran dalam menangai kes-kes kemurungan ini. Justeru itu, gunakan kemudahan ini untuk membantu diri anda atau mengesyorkan kepada individu lain yang mempunyai symptom kemurungan.


Iklan Berbayar


LAPORAN TERKINI KRISIS PENCEROBOHAN LAHAD DATU 7 Mac 2013

SUMBER DARIPADA beliabangkit.blogspot.com

 Laporan Terkini Krisis Pencerobohan Di Lahad Datu, Sabah
7 MAC 2013 (Khamis)
Ops Daulat Hari Ke-3 







 KLIK SINI


10.50 pg - Beberapa keping gambar semasa operasi tentera di lokasi ditunjukkan kepada media
 

- disahkan pengganas mula memakai pakaian yang bercirikan kerajaan bagi mengelirukan anggota keselamatan.


- Kelihatan Jet Pejuang juga berlegar-legar di ruang udara Lahat Datu

10.35 pg - Tembakan kedengaran di Kg Tanduo

10.30 pg - PM Dato Sri Najib Akan Melawat Pasukan Keselamatan Di Lahad Datu hari ini

12.30 tgh hari - Pihak media menanti-nantikan ketibaan YAB PM

- Gambar oleh jurugambar amatur / orang awam sekitar kawasan operasi

2.00 ptg - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan - Anggota keselamatan (Beragama Islam) yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah tergolong dalam SYAHID AKHIRAT!!!!


2.20 ptg - Heli Nuri yang Membawa PM DS Najib Razak

2.30 ptg - BANGSATTTTT!!!!!

Abraham Idjirani berkata pengumuman Kiram berdasarkan "memandangkan pembunuhan dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap 40 awam yang tidak bersalah semalam" di Lahad Datu. Beliau mendakwa operasi anggota keselamatan Malaysia turut mengorbankan bayi yang baru lahir di dalam penjara. Mereka mendapat nasihat daripada Ban Kim Moon (PBB)

2.50 ptg - BAN KIM MOON - Memantau secara DEKAT krisis di Lahad Datu


3.00 ptg - PM DS Najib Akan Mengadakan Sidang Media Pada Bila-Bila Masa

3.10 ptg - Kira-kira 100 orang kumpulan militan berkumpul mengadakan protes di Istana Malacanang dan Mendiol

3.15 ptg - PM tiba di Pusat Media Felda Residence


3.25 ptg - Tawaran Genjatan Senjata Kiram Ditolak


Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tawaran gencatan senjata pengganas Sulu tidak diterima kerajaan Malaysia kecuali semua mereka menyerah diri tanpa syarat.


"Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan,"






- AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

Wednesday 6 March 2013

Durjana dan Peduli Apa. Bukan Yang Kami Minta.


Pro Dan Kontra Penglibatan Anak Muda Dalam Politik

Pemahaman anak muda zaman sekarang apabila diminta untuk mengulas mengenai politik, respon mereka rata-ratanya masih lagi sangsi. Apa yang mereka ketahui adalah asas, Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi jadi pembangkang itu perlu, demokrasi juga adalah kuasa rakyat menentukan pemimpin, dan demokrasi juga rakyat mempunyai hak kebebasan dan juga hak untuk bersuara.

Namun tidak semua anak muda memahaminya secara mendalam, bahkan masih ramai lagi tidak tahu menahu langsung, ini mungkin disebabkan faktor urbanisasi. Manakala mereka yang berjaya bergelar mahasiswa pula, hasil tinjauan mendapati mereka lebih selesa untuk berada di atas pagar. Pilihan bukan sahaja terjamin dan selamat, masa depan juga tidak diperjudikan ujar mereka.

Bagi segelintir mahasiswa yang langsung berkecimpung hal politik tidak kira berhaluan kiri atau kanan sememangnya ada pihak yang menyokong, namun ada juga pihak yang tidak bersetuju. Persoalannya disini pihak mana yang menyokong dan pihak siapakah yang tidak setuju?

Kalangan mereka yang berpolitik adalah kelompok menyambut baik penyertaan anak muda. Tidak dinafikan, penyertaan anak muda adalah sangat ditagih, bukan hanya sebagai penambah bilangan ahli, mahupun akan diasah sebaik mungkin untuk dijadikan pemimpin masa akan datang, anak muda juga umum kita ketahui punyai â€Å“sesuatu” dan ini sekaligus menjadi sasaran orang politik.

Durjana dan Peduli Apa. Bukan Yang Kami Minta.

Anak muda diheret dan libatkan ke dalam kancah politik ini adalah rentetan apa yang berlaku pada pilihanraya 2008. Ketika itu, parti pemerintah yang hanya memenangi 140 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yang dipertandingkan, hal ini telah membuktikan majority dua pertiga bukan lagi genggaman mudah sebelum ini. Melihat kepada situasi itu, anak muda yang layak mengundi mempunyai keupayaan besar terhadap keputusan PRU-13 akan datang.

Sebab itulah pelbagai strategi serta taktik digunakan bagi menarik hati anak muda oleh pemerintah dan pembangkang. Ini kerana PRU-13 adalah penentu hidup dan mati bagi orang politik, dan pemerintah untuk menang mudah tidak lagi akan berlaku. Landskap politik sangat jelas berubah secara mendadak, beberapa gerakan dan tindakan dilakukan orang politik kini semuanya cenderung kepada anak muda.

Anak muda kini bukan sahaja boleh mempengaruhi keputusan PRU 13, bahkan sesuatu yang dimiliki, mampu memberi impak besar terhadap senario politik arus perdana. Sesuatudimaksudkan adalah energy tenaga yang hebat, berkeupayaan juga sebagai pencetus, didorong pula oleh elemen darah orang muda dan cepat marah menjadikan mereka berani, bernafsu, golongan yang sangat berisiko apabila menjadi extreme, mudah hilang kawalan, semberono, membuta tuli, berfikir dua kali pada setiap tindakan tidak mungkin, tertarik kepada keganasan, lawan, tentang, kuasa, keseronokan boleh menjadi apa sahaja, kebebasan sebagai pegangan, tidak suka disekat, dikongkong, dikawal, sangat mudah terpengaruh, dan mudah terikut-ikut, lebih-lebih lagi perkara yang berlaku melibatkan semua kriteria di atas, yakni didorong.

Sikap anak muda yang kompleks inilah ramai yang telah menjadi liar dan radikal ketika berpolitik. Ironinya, Sesuatu yang dimiliki telah digunakan orang-orang politik bagi menjayakan agenda politik mereka.

Realitinya, anak muda adalah kelompok berisiko diperalatkan dan dimanipulasi. Ini ekoran penerimaan input putar belit orang politik yang bercakap mengenai demokrasi, kuasa rakyat, perjuangan rakyat, dasar negara, dan beberapa perkara sensitive serta sentiment turut dikaitkan, tanpa mereka ketahui agenda dan motif sebenar perjuangan politik yang diikuti.

Kegagalan untuk mentafsir setiap tindak tanduk orang politik telah menyebabkan anak muda terus menerus dihasut, dan juga turut diajak melakukan tindakan provokasi dengan meletakkan mereka sebagai demonstrator. Bertujuan mewujudkan sengketa terhadap pihak penguatkuasa. Sekiranya wujud, tindakan itu mereka katakan penafian hak bersuara, sekaligus akan memberi gambaran tidak demokratik kepada pemerintah.

Malangnya ramai yang percaya, lantas mengkehendakan perubahan pemerintah secara total, sedangkan perkara itu tidak perlu, tidak wajar, tidak relevan, ini kerana tindakan itu jelas akan merugikan semua pihak. Malah itu bukan tindakan mencerminkan demokrasi yang sebenar apabila tindakan itu dilakukan dengan rampas, tawan, jelas acapkali dilaungkan mereka sebagai slogan.

Putar belit berlaku disini, pihak pembangkang menunding jari kepada pemerintah terhadap pelbagai dakwaan berkenaan urus tadbir negara, lalu mereka katakan lakukan perubahan. Perubahan yang dimaksudkan mereka meliputi keseluruhan kuasa sebagai pemerintah, bermakna pemerintah sedia ada hendaklah disingkirkan supaya pihak pembangkang pula yang memerintah.

Untuk berjaya ke tahap itu, rakyat khususnya orang muda dipertaruhkan untuk agenda politik ini. Lali pembangkang menyebarkan beberapa propaganda terhadap pemerintah, dengan mengaitkan apa yang berlaku di dalam sistem pentadbiran selama ini telah menyebabkan rakyat menanggung beban.

Jadi mereka menggesa rakyat dan orang muda untuk menunjukan hak mereka di dalam sebuah negara demokrasi untuk menjatuhkan pemerintah, dengan melalui tindakan tawan” atau lawan bagi merampas Putrajaya. Penolakan pemerintah itu mereka katakan apabila rakyat mula bersuara sedangkan itu adalah agenda mereka, dan hasrat mereka untuk memerintah negara, tetapi menggunakan hak rakyat dan kuasa anak muda untuk tujuan itu. Taktik manipulasi dan memperalatkan.
Artikel disiar pada 16/01/2013 - 12:12 pm oleh Di Luar Kotak!

Iklan Berbayar

Tuesday 5 March 2013

Anak Muda Dipengaruhi Politik Apa???



Memfitnah pemimpin dan pemerintah ketika demonstrasi anjuran parti pembangkang adalah sering kali dilaksanakan mereka. Sehinggalah berlaku tindakan seorang anak muda melondehkan seluarnya di hadapan gambar pemimpin negara. Berita itu yang bukan sahaja mengundang kritikan ramai pihak, juga turut memberi gambaran jelas sikap seorang anak muda apabila terpengaruh elemen politik kotor.

Salah siapa? Siapa yang menghimpunkan anak muda ini? Apakah perkara yang telah mempengaruhi untuk mereka bertindak sedemikian rupa? Beginikah cara yang diajar penganjur untuk anak muda menggunakan hak kebebasan bersuara? Adakah kerana rantau dunia lain bergolak kita harus ikut cara mereka juga?

Politik zaman sekarang diakui antara penyebab berlakunya keadaan tidak aman, menyebabkan berlakunya persengketaan, pertelingkahan, perpecahan di kalangan umat Islam dan orang Melayu, masalah perkauman, pergaduhan, fitnah menfitnah, menjual agama untuk politik, dan ini jelas membuktikan bahawa politik kita masih lagi separa matang❠mengenai demokrasi.

Mungkin wujud perbezaan negara kita mengamalkan sistem ini dengan negara luar yang lain, namun perbezaan inilah yang telah menjamin keharmonian sehingga kini.

Bahkan, untuk kita mengamalkan bulat-bulat sistem demokrasi sebenar, kita mungkin akan hilang identiti. Oleh kerana itu, ada beberapa perkara seperti hak kebebasan yang terpaksa kita minimakan berikutan tidak sesuai untuk diamalkan di Malaysia.

Oleh itu, perubahan keseluruhan sistem pemerintahan negara secara total dan drastik akan menyebabkan beberapa perkara yang terpelihara dan terlindung akan tergugat. Ini sekaligus mendatangkan implikasi terhadap bangsa, agama, dan negara.

Segala tindakan provokasi terhadap kerajaan, seperti rusuhan jalanan, sememangnya berlaku di rantau dunia dimana telah menyaksikan kejatuhan satu persatu pemerintahan negara yang bergolak, dan situasi ini telah cuba ditarik untuk masuk ke dalam negara kita.

Ada negara melakukan revolusi hanya melalui desakan rakyatnya, namun ada juga yang mengangkat senjata bagi menumbangkang pemerintah sehingga tercetusnya perang saudara. Pemerintah yang menghalang gerakan bersenjata ini akan berhadapan pelanggaran hak asasi manusia dan hak kebebasan ini berikutan campur tangan asing yang mempunyai agenda demokrasi.

Pemerintah yang membunuh pemberontak bersenjata dalam negara mereka sendiri, diklasifikasikan sebagai membunuh rakyat sendiri. Dengan hanya beralasakan itu, campur tangan luar masuk dan kemudiannya membantu pemberontak menumbangkan kerajaan.

Penjajahan dan penaklukan oleh negara luar berkonsepkan â€Å“huru hara yang berlaku di dalam sebuah negara itu, kami akan masuk untuk mengamankan mereka atas dasar demokrasi. Inilah antara nasib yang berlaku keatas negara yang berhadapan masalah memahami demokrasi.

Malah negara jiran kita Indonesia semasa tercetusnya Revolusi bertukar menjadi rusuhan kaum yang amat dasyat. Hal ini berlaku apabila tiada kawalan, sekatan, perlindungan, sehingga menjadi tidak terkawal lalu huru hara. Peristiwa yang menjadi sejarah hitam buat mereka yang berbangsa cina Indonesia itu amat jelas memberi pengajaran bahawa, Revolusi❠bukan acuan yang terbaik untuk dijadikan bahan berpolitik.

Artikel disiar pada 17/01/2013 - 7:13 am oleh Di Luar Kotak!

Iklan Berbayar

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA