Thursday 7 March 2013

LAPORAN TERKINI KRISIS PENCEROBOHAN LAHAD DATU 7 Mac 2013

SUMBER DARIPADA beliabangkit.blogspot.com

 Laporan Terkini Krisis Pencerobohan Di Lahad Datu, Sabah
7 MAC 2013 (Khamis)
Ops Daulat Hari Ke-3 







 KLIK SINI


10.50 pg - Beberapa keping gambar semasa operasi tentera di lokasi ditunjukkan kepada media
 

- disahkan pengganas mula memakai pakaian yang bercirikan kerajaan bagi mengelirukan anggota keselamatan.


- Kelihatan Jet Pejuang juga berlegar-legar di ruang udara Lahat Datu

10.35 pg - Tembakan kedengaran di Kg Tanduo

10.30 pg - PM Dato Sri Najib Akan Melawat Pasukan Keselamatan Di Lahad Datu hari ini

12.30 tgh hari - Pihak media menanti-nantikan ketibaan YAB PM

- Gambar oleh jurugambar amatur / orang awam sekitar kawasan operasi

2.00 ptg - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan - Anggota keselamatan (Beragama Islam) yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah tergolong dalam SYAHID AKHIRAT!!!!


2.20 ptg - Heli Nuri yang Membawa PM DS Najib Razak

2.30 ptg - BANGSATTTTT!!!!!

Abraham Idjirani berkata pengumuman Kiram berdasarkan "memandangkan pembunuhan dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap 40 awam yang tidak bersalah semalam" di Lahad Datu. Beliau mendakwa operasi anggota keselamatan Malaysia turut mengorbankan bayi yang baru lahir di dalam penjara. Mereka mendapat nasihat daripada Ban Kim Moon (PBB)

2.50 ptg - BAN KIM MOON - Memantau secara DEKAT krisis di Lahad Datu


3.00 ptg - PM DS Najib Akan Mengadakan Sidang Media Pada Bila-Bila Masa

3.10 ptg - Kira-kira 100 orang kumpulan militan berkumpul mengadakan protes di Istana Malacanang dan Mendiol

3.15 ptg - PM tiba di Pusat Media Felda Residence


3.25 ptg - Tawaran Genjatan Senjata Kiram Ditolak


Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tawaran gencatan senjata pengganas Sulu tidak diterima kerajaan Malaysia kecuali semua mereka menyerah diri tanpa syarat.


"Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan,"






- AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

Wednesday 6 March 2013

Durjana dan Peduli Apa. Bukan Yang Kami Minta.


Pro Dan Kontra Penglibatan Anak Muda Dalam Politik

Pemahaman anak muda zaman sekarang apabila diminta untuk mengulas mengenai politik, respon mereka rata-ratanya masih lagi sangsi. Apa yang mereka ketahui adalah asas, Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi jadi pembangkang itu perlu, demokrasi juga adalah kuasa rakyat menentukan pemimpin, dan demokrasi juga rakyat mempunyai hak kebebasan dan juga hak untuk bersuara.

Namun tidak semua anak muda memahaminya secara mendalam, bahkan masih ramai lagi tidak tahu menahu langsung, ini mungkin disebabkan faktor urbanisasi. Manakala mereka yang berjaya bergelar mahasiswa pula, hasil tinjauan mendapati mereka lebih selesa untuk berada di atas pagar. Pilihan bukan sahaja terjamin dan selamat, masa depan juga tidak diperjudikan ujar mereka.

Bagi segelintir mahasiswa yang langsung berkecimpung hal politik tidak kira berhaluan kiri atau kanan sememangnya ada pihak yang menyokong, namun ada juga pihak yang tidak bersetuju. Persoalannya disini pihak mana yang menyokong dan pihak siapakah yang tidak setuju?

Kalangan mereka yang berpolitik adalah kelompok menyambut baik penyertaan anak muda. Tidak dinafikan, penyertaan anak muda adalah sangat ditagih, bukan hanya sebagai penambah bilangan ahli, mahupun akan diasah sebaik mungkin untuk dijadikan pemimpin masa akan datang, anak muda juga umum kita ketahui punyai “sesuatu” dan ini sekaligus menjadi sasaran orang politik.

Durjana dan Peduli Apa. Bukan Yang Kami Minta.

Anak muda diheret dan libatkan ke dalam kancah politik ini adalah rentetan apa yang berlaku pada pilihanraya 2008. Ketika itu, parti pemerintah yang hanya memenangi 140 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yang dipertandingkan, hal ini telah membuktikan majority dua pertiga bukan lagi genggaman mudah sebelum ini. Melihat kepada situasi itu, anak muda yang layak mengundi mempunyai keupayaan besar terhadap keputusan PRU-13 akan datang.

Sebab itulah pelbagai strategi serta taktik digunakan bagi menarik hati anak muda oleh pemerintah dan pembangkang. Ini kerana PRU-13 adalah penentu hidup dan mati bagi orang politik, dan pemerintah untuk menang mudah tidak lagi akan berlaku. Landskap politik sangat jelas berubah secara mendadak, beberapa gerakan dan tindakan dilakukan orang politik kini semuanya cenderung kepada anak muda.

Anak muda kini bukan sahaja boleh mempengaruhi keputusan PRU 13, bahkan sesuatu yang dimiliki, mampu memberi impak besar terhadap senario politik arus perdana. Sesuatudimaksudkan adalah energy tenaga yang hebat, berkeupayaan juga sebagai pencetus, didorong pula oleh elemen darah orang muda dan cepat marah menjadikan mereka berani, bernafsu, golongan yang sangat berisiko apabila menjadi extreme, mudah hilang kawalan, semberono, membuta tuli, berfikir dua kali pada setiap tindakan tidak mungkin, tertarik kepada keganasan, lawan, tentang, kuasa, keseronokan boleh menjadi apa sahaja, kebebasan sebagai pegangan, tidak suka disekat, dikongkong, dikawal, sangat mudah terpengaruh, dan mudah terikut-ikut, lebih-lebih lagi perkara yang berlaku melibatkan semua kriteria di atas, yakni didorong.

Sikap anak muda yang kompleks inilah ramai yang telah menjadi liar dan radikal ketika berpolitik. Ironinya, Sesuatu yang dimiliki telah digunakan orang-orang politik bagi menjayakan agenda politik mereka.

Realitinya, anak muda adalah kelompok berisiko diperalatkan dan dimanipulasi. Ini ekoran penerimaan input putar belit orang politik yang bercakap mengenai demokrasi, kuasa rakyat, perjuangan rakyat, dasar negara, dan beberapa perkara sensitive serta sentiment turut dikaitkan, tanpa mereka ketahui agenda dan motif sebenar perjuangan politik yang diikuti.

Kegagalan untuk mentafsir setiap tindak tanduk orang politik telah menyebabkan anak muda terus menerus dihasut, dan juga turut diajak melakukan tindakan provokasi dengan meletakkan mereka sebagai demonstrator. Bertujuan mewujudkan sengketa terhadap pihak penguatkuasa. Sekiranya wujud, tindakan itu mereka katakan penafian hak bersuara, sekaligus akan memberi gambaran tidak demokratik kepada pemerintah.

Malangnya ramai yang percaya, lantas mengkehendakan perubahan pemerintah secara total, sedangkan perkara itu tidak perlu, tidak wajar, tidak relevan, ini kerana tindakan itu jelas akan merugikan semua pihak. Malah itu bukan tindakan mencerminkan demokrasi yang sebenar apabila tindakan itu dilakukan dengan rampas, tawan, jelas acapkali dilaungkan mereka sebagai slogan.

Putar belit berlaku disini, pihak pembangkang menunding jari kepada pemerintah terhadap pelbagai dakwaan berkenaan urus tadbir negara, lalu mereka katakan lakukan perubahan. Perubahan yang dimaksudkan mereka meliputi keseluruhan kuasa sebagai pemerintah, bermakna pemerintah sedia ada hendaklah disingkirkan supaya pihak pembangkang pula yang memerintah.

Untuk berjaya ke tahap itu, rakyat khususnya orang muda dipertaruhkan untuk agenda politik ini. Lali pembangkang menyebarkan beberapa propaganda terhadap pemerintah, dengan mengaitkan apa yang berlaku di dalam sistem pentadbiran selama ini telah menyebabkan rakyat menanggung beban.

Jadi mereka menggesa rakyat dan orang muda untuk menunjukan hak mereka di dalam sebuah negara demokrasi untuk menjatuhkan pemerintah, dengan melalui tindakan tawan” atau lawan bagi merampas Putrajaya. Penolakan pemerintah itu mereka katakan apabila rakyat mula bersuara sedangkan itu adalah agenda mereka, dan hasrat mereka untuk memerintah negara, tetapi menggunakan hak rakyat dan kuasa anak muda untuk tujuan itu. Taktik manipulasi dan memperalatkan.
Artikel disiar pada 16/01/2013 - 12:12 pm oleh Di Luar Kotak!

Iklan Berbayar

Tuesday 5 March 2013

Anak Muda Dipengaruhi Politik Apa???



Memfitnah pemimpin dan pemerintah ketika demonstrasi anjuran parti pembangkang adalah sering kali dilaksanakan mereka. Sehinggalah berlaku tindakan seorang anak muda melondehkan seluarnya di hadapan gambar pemimpin negara. Berita itu yang bukan sahaja mengundang kritikan ramai pihak, juga turut memberi gambaran jelas sikap seorang anak muda apabila terpengaruh elemen politik kotor.

Salah siapa? Siapa yang menghimpunkan anak muda ini? Apakah perkara yang telah mempengaruhi untuk mereka bertindak sedemikian rupa? Beginikah cara yang diajar penganjur untuk anak muda menggunakan hak kebebasan bersuara? Adakah kerana rantau dunia lain bergolak kita harus ikut cara mereka juga?

Politik zaman sekarang diakui antara penyebab berlakunya keadaan tidak aman, menyebabkan berlakunya persengketaan, pertelingkahan, perpecahan di kalangan umat Islam dan orang Melayu, masalah perkauman, pergaduhan, fitnah menfitnah, menjual agama untuk politik, dan ini jelas membuktikan bahawa politik kita masih lagi separa matang❠mengenai demokrasi.

Mungkin wujud perbezaan negara kita mengamalkan sistem ini dengan negara luar yang lain, namun perbezaan inilah yang telah menjamin keharmonian sehingga kini.

Bahkan, untuk kita mengamalkan bulat-bulat sistem demokrasi sebenar, kita mungkin akan hilang identiti. Oleh kerana itu, ada beberapa perkara seperti hak kebebasan yang terpaksa kita minimakan berikutan tidak sesuai untuk diamalkan di Malaysia.

Oleh itu, perubahan keseluruhan sistem pemerintahan negara secara total dan drastik akan menyebabkan beberapa perkara yang terpelihara dan terlindung akan tergugat. Ini sekaligus mendatangkan implikasi terhadap bangsa, agama, dan negara.

Segala tindakan provokasi terhadap kerajaan, seperti rusuhan jalanan, sememangnya berlaku di rantau dunia dimana telah menyaksikan kejatuhan satu persatu pemerintahan negara yang bergolak, dan situasi ini telah cuba ditarik untuk masuk ke dalam negara kita.

Ada negara melakukan revolusi hanya melalui desakan rakyatnya, namun ada juga yang mengangkat senjata bagi menumbangkang pemerintah sehingga tercetusnya perang saudara. Pemerintah yang menghalang gerakan bersenjata ini akan berhadapan pelanggaran hak asasi manusia dan hak kebebasan ini berikutan campur tangan asing yang mempunyai agenda demokrasi.

Pemerintah yang membunuh pemberontak bersenjata dalam negara mereka sendiri, diklasifikasikan sebagai membunuh rakyat sendiri. Dengan hanya beralasakan itu, campur tangan luar masuk dan kemudiannya membantu pemberontak menumbangkan kerajaan.

Penjajahan dan penaklukan oleh negara luar berkonsepkan “huru hara yang berlaku di dalam sebuah negara itu, kami akan masuk untuk mengamankan mereka atas dasar demokrasi. Inilah antara nasib yang berlaku keatas negara yang berhadapan masalah memahami demokrasi.

Malah negara jiran kita Indonesia semasa tercetusnya Revolusi bertukar menjadi rusuhan kaum yang amat dasyat. Hal ini berlaku apabila tiada kawalan, sekatan, perlindungan, sehingga menjadi tidak terkawal lalu huru hara. Peristiwa yang menjadi sejarah hitam buat mereka yang berbangsa cina Indonesia itu amat jelas memberi pengajaran bahawa, Revolusi❠bukan acuan yang terbaik untuk dijadikan bahan berpolitik.

Artikel disiar pada 17/01/2013 - 7:13 am oleh Di Luar Kotak!

Iklan Berbayar

Monday 4 March 2013

‘Bubar Artikel 88′

raja-ahmad-pahang-378x215

Kuantan: Jalan penyelesaian masih terbuka luas sekiranya ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggunakan saluran yang betul untuk memansuhkan Artikel 88 Statut FAM yang dianggap lebih zalim daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (KDN).
Presidennya, Sultan Ahmad Shah, berkata mereka boleh membuat cadangan ketika kongres FAM bersidang dan sekiranya mendapat sokongan, keputusan terbaik akan dibuat.
Setiap ahli gabungan perlu akur terhadap peraturan organisasi, sebarang kritikan secara terbuka akan mengundang tindakan undang-undang yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM,” Sultan Ahmad Shah, Presiden FAM

Beliau berkata, hanya ahli gabungan FAM boleh mengubah Artikel 88 dan membuat keputusan sama ada ia sesuai digunakan lagi atau sebaliknya.

“Jika ahli gabungan berpendapat artikel itu wajar dipinda atau dibubarkan, mereka boleh berbuat demikian pada kongres FAM.

“Presiden, timbalan presiden dan ahli majlis FAM tidak ada kuasa mengubah Artikel 88 yang kini menjadi perbualan hangat banyak pihak sejak kebelakangan ini,” katanya semalam.

Pada Rabu lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu FAM memastikan Artikel 88 dalam statusnya tidak bercanggah dengan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Katanya, jika benar bercanggah, FAM harus melakukan pengubahsuaian.

Artikel 88 yang memperuntukkan hanya presiden dan setiausaha agung FAM boleh mengkritik badan berkenaan mencetuskan kontroversi apabila ramai pemimpin ahli gabungan FAM dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar peraturan berkenaan.

Saya sudah lali dengan kritikan: Sultan Ahmad Shah

Sultan Ahmad Shah berkata, sudah menjadi sifat semula jadi manusia memperbesarkan perkara atau isu yang buruk tanpa memikirkan kesan terhadap pihak lain dan ia juga membabitkan Artikel 88 yang terus diperbahaskan.

“Setiap ahli gabungan perlu akur terhadap peraturan organisasi, sebarang kritikan secara terbuka akan mengundang tindakan undang-undang yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM,” katanya.

Beliau berkata, membuat kritikan bukan cara terbaik untuk menjernihkan keadaan sebaliknya memburukkan lagi imej FAM yang menjadi badan induk bola sepak negara ini.

Justeru, katanya semua pihak tidak seharusnya cepat melatah kerana dengan cara itu isu yang boleh diselesaikan secara harmoni akan berlarutan tanpa sebarang keputusan.

“Sebagai Presiden FAM saya sudah lali dengan kritikan, dalam isu Artikel 88 ini saya berpendapat jalan penyelesaiannya terbuka luas sekiranya ahli gabungan menggunakan saluran yang betul.

“Bila kongres FAM bersidang nanti ahli gabungan boleh membuat cadangan, sekiranya mendapat sokongan, keputusan terbaik akan dibuat,” katanya.

Iklan Berbayar

TUN M : Anwar Ibrahim menuduh saya

SUMBER chedet.cc Tun Dr. Mahathir Mohamad
 
 

 FITNAH

1. Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat Petronas telah terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak saya.

2. Bagi Anwar inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang pun banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya.

3. Kementerian telah pamerkan semasa mesyuarat agong UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai.

4. Semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak ada satu pun daripada anak saya yang mendapat tempat dalam Kerajaan atau dalam parti. Beberapa kali nama mereka di calon tapi saya tidak benar sehingga saya bersara. Juga tidak ada kontrak Kerajaan yang terdapat oleh mereka.

5. Jika mereka berjaya samada dalam perniagaan atau politik, ini adalah atas usaha mereka sendiri. Dan ini semua berlaku selepas saya letak jawatan Perdana Menteri.

6. Petronas tidak memberi peluang kepada anak saya sahaja apabila saya menjadi penasihatnya. Orang lain juga mendapat peluang jika mereka ada kemampuan.

7. Sebenarnya tidak ada kontrak yang diberi Petronas kepada anak saya sehinggalah perusahaannya maju kerana kerja-kerja yang diberi oleh pihak lain.

8. Walaupun saya digelar sebagai penasihat Petronas, saya tidak memberi apa-apa nasihat. Petronas diletak di bawah Perdana Menteri dan P.M.lah yang memberi arahan kepada Petronas. Semasa saya jadi Perdana Menteri pun saya tidak memberi apa-apa bantuan kepada anak-anak saya.

9. Berkenaan dengan kontrak yang baru yang diberi kepada anak saya, Presiden Petronas cuma memberitahu saya selepas kontrak diberi. Saya tidak sama sekali terlibat dengan keputusan yang dibuat. Saya sanggup bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Quran bahawa saya tidak ambil bahagian sama sekali dengan pemberian kontrak kepada anak saya. BACA SELANJUTNYA...

Cekik Dan Ugut Bunuh – Politik Ekstrim PAS Tidak Harus Dipandang Ringan

Ancaman-Bunuh-Kerana-Keluar-PAS-618x410



SEMALAM, Bernama menyiarkan berita bertajuk “Empat Ditahan Kerana Ugut Bunuh Anggota Yang Tinggalkan Parti”.

Mulanya penulis agak tertanya-tanya, melibatkan parti mana dengan parti mana dan mangsa dari parti mana pula.

Menurut laporan Bernama, 4 lelaki ditahan kerana bertindak ‘mencekik leher’ dan ‘mengugut bunuh’ seorang penyokong sebuah parti politik yang keluar parti itu untuk menyertai parti lain di Kampung Jerung Seberang, Wakaf Tapai di sini Isnin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang, mangsa yang berusia 53 tahun bersama isteri 50-an dan anak berada di rumah sebelum didatangi empat suspek yang tinggal di kampung sama lantas mengugut untuk membunuh dan membakar rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata kejadian berpunca apabila suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa yang mewakili 81 lagi penduduk menaikkan kain rentang berbunyi “Kami Penduduk Kampung Bukit Cempedak Sokong Parti Lain”.

Untuk membaca laporan penuh kejadian berkenaan bolehlah KLIK DI SINI

Blogger-Blogger Politik Diminta Beri Kerjasama



Tiga bekas pegawai tentera menggesa rakyat menyokong usaha pihak berkuasa menangani pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, serta menjaga kerahsiaan pergerakan pasukan keselamatan negara.


Mejar (B) Wan Hashim Wan Ahmad yang pernah berkhidmat di Bosnia Herzegovina berkata orang ramai tidak sepatutnya mempertikai apa jua langkah yang diambil pasukan keselamatan untuk menyelesaikan krisis itu.


"Orang ramai termasuk blogger-blogger politik diminta beri kerjasama dan jangan mengeluarkan kenyataan negatif yang akan memecah belahkan masyarakat.


Jika benar insiden ini ada kaitan dengan orang luar, ternyata musuh negara sudah berjaya memesongkan moral kita," katanya kepada Bernama hari ini.


Sokongan juga bermaksud menjaga kerahsiaan negara dan tidak terlalu ghairah membuat mengemaskini pergerakan tentera, polis serta gambar-gambar operasi pasukan keselamatan di Sabah, katanya.


Beliau juga meminta rakyat yang mempunyai rakan di kalangan anggota keselamatan supaya tidak lagi memaparkan kandungan mesej pesanan ringkas di dalam laman sosial seperti Facebook atau Twitter.


"Maklumat seperti ini semua boleh disalah guna, ada individu tertentu yang membuat "print screen" paparan sms dengan menyiarkan nombor telefon pegawai polis yang sedang terlibat dalam operasi memburu pengganas di sana, bayangkan jika maklumat ini disalah gunakan," katanya.


Blogger Komando Kedai Kopi yang lebih dikenali sebagai Mejar (B) Naza Talib turut menyeru orang ramai agar terus memberikan sokongan kepada polis dan tentera tanpa perlu mempertikai pasukan mana yang lebih berhak menangani isu itu.
SILA KLIK UNTUK BACA SELANJUTNYA....


 

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA