Tuesday 19 February 2013

Pembantu Rumah Dera Bayi Di Penjara 20 Tahun


KUANTAN, 19 Feb (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sejumlah 20 tahun ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Jumaat lalu.


Hakim Mohd Azhar Othman memutuskan hukuman itu memandangkan kesalahan yangdilakukan Yuliana, 23, amat serius dan mendatangkan kesan besar bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi masyarakat di seluruh dunia.

"Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah.


"Mahkamah berpendapat hukuman ini setimpal dan dapat memberi pengajaran kepada kamu dan masyarakat," katanya.

Yuliana berasal dari Sukarame, Acheh bekerja tidak sampai sehari sebagai pembantu rumah dengan keluarga mangsa.

Bagi pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada 7.45 pagi, 15 Februari lepas di kediaman ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini.

Dia didakwa mengikut...baca lagi 

GEMPAR!!!! Perjumpaan Rahsia Husam Dan Taib Mahmud Runding PAS Sertai BN Di Sarawak





Ketika PAS sedang berperang dengan ahli dan kepimpinannya sendiri berkaitan isu Ustaz Nasha dan Dr. Haron Din, kini timbul pula HUSAM!! Apa sebenarnya agenda pertemuan ini???


Jika merujuk kembali kepada keputusan PRN Sarawak yang lalu, jelas PAS sebenarnya ditolak 99% oleh rakyat Sarawak.


Adakah ini petanda PAS sudah tidak percaya lagi kepada PAKATAN (PR)? Mungkin juga disebabkan rasa takut ketidakselesaan mereka dihidu oleh Pakatan, maka PAS memilih Sarawak sebagai percubaan serta pentas mempersembahkan KETIDAKSELESAAN mereka yang seolah-olah lembu yang diikat tali pada hidungnya.


PAS pada hakikatnya benar-benar tersinggung dengan beberapa perkara yang berlaku dalam PR akhir-akhir ini...Seterusnya klik disini

Monday 18 February 2013

True Leaders Don’t Create Follower, They Create More Leader! Leader

True Leaders Don’t Create Follower, They Create More Leader! Leader

images

Kesinambungan artikel… Pembangunan Modal Insan.

Kepimpinan, Pemimpin, Memimpin, Terpimpin Dan Juga Dipimpin.

Siapa yang harus memimpin? Kepimpinan apakah hendak diikuti? Apa yang melayakkan untuk jadi Pemimpin? Adakah cukup Terpimpin untuk Memimpin? Bagaimana orang yang dipimpin itu?

198641_482435298456588_1570117504_n



Pengurusan kewangan tidak bijak hasil daripada sumber yang banyak, atau wujud nepotisme, korupsi, kuku besi, sepertimana berlaku kepada negara miskin yang bergolak di rantau Asia Barat sekarang ini, adalah berpunca daripada kegagalan membangunkan modal insan masyarakatnya. Ini kerana, kekayaan hasil negara tidak diagihkan seadilnya untuk pembangunan masyarakat dan juga untuk pembangunan fizikal.

Oleh kerana gagal dilaksanakan, ancaman daripada luar untuk mencampuri urusan dalaman berlaku dalam apa jua aspek, seperti politik, agama, dan pelbagai dilakukan kuasa besar dunia bagi memonopoli pasaran global. Kelemahan itu sekaligus memberi jalan mudah kepada kuasa besar untuk masuk dan menakhluk negara mereka, berikutan jarak kemajuan teknologi ketenteraan yang jaoh lebih maju, selain mempunyai ramai rakan sekutu juga daripada negara maju, telah menunjukkan perbedaan ketara ibarat antara durian dan mentimun.

Tambahan pula apabila masyarakat mereka masih lagi gagal bersatu padu ekoran perbezaan fahaman agama, kaum, politik, malahan mengngangur akibat kemelesetan ekonomi, selain ketinggalan jauh dengan teknologi terkini, menyebabkan mereka sering diperalatkan serta diperkotak katikkan oleh orang lain berikutan minda mereka telah diracuni dengan mudah sekali. Sebab itu berlakunya pemberontakkan rakyat terhadap pemimpin, akibat dihasut setelah disogok pula wang dan kuasa.

Metaliti yang rendah, lemah, cetek, serta kurang berpengatahuan ilmu pendidikan akademik, diyakini antara punca kepada permasalahan di atas. Tambah memburukkan apabila masa depan generasi pelapis mereka kelihatan samar-samar kerana terpaksa hidup sebagai pelarian di negara jiran, keadaan kehidupan langsong tidak kondusif serta banyak kekurangan ini menyebabkan perkara yang dilakukan untuk terus hidup adalah dengan mengharapkan simpati bantuan luar. Mujur negara yang membantu atas dasar kemanusian sejagat.

Persoalannya disini adalah sampai bila negara luar terus memberi makan kepada pelarian-pelarian ini, bahkan apabila difikirkan sejenak mereka hanya duduk di dalam khemah, sementara hasil negara mereka pula dinikmati oleh penjajah luar. Mereka hanya mampu menangis kerana tidak dapat berbuat apa-apa, bahkan mengharapkan negara lain pula untuk mendapatkan semula tanah air mereka. Keadaan ini berlaku di kawasan majoritinya adalah negara Islam, amat menyedihkan apabila 1.3 billion umat Islam tidak bertindak apa-apa dengan kejahatan dilakukan hanya beberapa juta orang Yahudi, malah hanya melalui proksi dan pengaruh dimiliki, apa jua perbuatan jahat mereka buat Amerika tidak kisah, malahan akan melindungi si zionis sekirannya terdapat ancaman.

Apabila dirujuk melalui Sejarah, rantau Asia Barat mengkagumi hampir seantero dunia ekoran perkembangan pesat Iraq dengan ilmuwan-ilmuwan Islam, memiliki pusat pendidikan terulung sebagai penyelidikan, antara pelopor penemuan saintifik serta penciptaan teknologi yang menjadi rujukan Eropah, tidak terkecuali menerima serangan oleh orang Monggolia yang datang wakima jauh di negara China itu, telah menyerang Iraq semata-mata kerana emas. Kehebatan Genghis Khan ini diakui negara China dengan membina tembok besar, projek yang dilakukan oleh danasti demi danasti itu, adalah bertujuan bagi menghalang kemaraan orang monggolia yang gemar berperang ini.

Akan tetapi, emas yang dicari tidak dijumpai di negara Iraq pada ketika itu. Apa yang ditemui mereka, hanyalah manuskrip-manuskrip ilmiah. Oleh kerana amat marah, semua manuskrip-manuskrip berkenaan dibuang ke dalam sungai Tigris sehingga Sejarah mengatakan air sungai menjadi hitam kerana dakwat manuskrip yang dicampakkan itu. Keajaiban berlaku pada masa itu ialah kejayaan masyarakat Iraq mengasimilasikan orang Monggolia dengan ajaran Islam, sekaligus berjaya menghentikan perang tanpa perlu mengangkat senjata. Iraq yang hanya sebagai pusat pendidikan pada ketika itu, mempunyai masyarakat berbudaya tinggi dan terpuji mampu mengawal bangsa bengis di dunia dengan akal sahaja tanpa senjata, malah apa yang dilakukan oleh orang Iraq pada ketika itu jaoh lebih baik daripada membina tembok yang besar.

Bagaimana orang Iraq sekarang ini dilihat tidak bertamadun sedangkan ilmu untuk manusia maju dan bertamadun adalah berasal daripada orang-orang mereka yang terdahulu. Malahan Eropah berjaya keluar daripada zaman kegelapan, juga mendapat ilmu dari Iraq. Tetapi sekarang, mereka pula diserang serta dijajah Eropah dan kuasa luar acapkali, sehinggakan muka bumi Iraq tidak pernah aman dari sejak dahulu malahan bukan tempat untuk dikunjungi orang luar ekoran jumlah kematian dicatatkan saban hari dengan angka “puluh” malahan boleh mencapai angka “ratus”. Jika tidak terkorban, mereka yang menerima kesan itu ada diantaranya menjadi orang kurang upaya, apabila mengalami kecacatan kekal, iaitu hilang anggota tangan atau kaki, atau hilang pancaindera.

Sehingga kini, keseluruhan Iraq gagal dijadikan “green zone” iaitu kawasan bebas daripada ancaman dan serangan. Laporan berita TV amat jelas menunjukkan akhlak penduduk Iraq sebenar, apabila insiden keluar beramai-ramai mencuri barangan dari bangunan kerajaan, dengan mengambil apa sahaja yang ada, sehingga berlaku pergaduhan kerana berebut. Peristiwa itu berlaku setelah Saddam Hussein digulingkan dengan cara proksi jahat serta kejam oleh legasi Bush. Sedangkan semasa era Saddam Hussein, perbuatan sebegini tidak berlaku.

Sunday 17 February 2013

True Leaders Don’t Create Follower, They Create More Leader…!

True Leaders Don’t Create Follower, They Create More Leader…!

wawasan

Bagaimana Merealisasikan Pembangunan Modal Insan Untuk Mencapai Tahap Pertama. Produk Apakah Yang Dihasilkan Melalui Pembangunan itu??? 


Melahirkan ramai pemimpin bukannya meramaikan pengikut adalah satu perkara yang sewajarnya dilakukan oleh semua orang, tanpa mengira idealogi politik, tanpa mengira kaum, bangsa, agama, ataupun perbezaan status quo dalam masyarakat. Melihat kepada perkembangan manusia pada zaman sekarang, samada dalam atau luar negara, kepantasan pertumbuhan ekonomi serta persaingan negara-negara membangun, memberi mesej yang jelas bahawa cabaran globalisasi semakin mencabar dalam apa jua aspek

.
Ini kerana, sebuah negara maju dilihat bukan sahaja kemajuan pembangunan infranstrukturnya, hatta mempunya pelbagai prasarana yang kondusif sekalipun, belum cukup menjadikan negara kita disegani oleh masyarakat dunia, jika sekiranya pembangunan modal insan tidak berkembang seiring dengan pembangunan fizikal. Bagi mengelak ketidakkeseimbangan ini, usaha negara kita yang masih membangun dan bercita-cita untuk maju pada tahun 2020, telah menggariskan pembangunan modal insan sebagai misi utama untuk merealisasikan hasrat kerajaan itu.

Melahirkan ramai pemimpin dikalangan anak muda, melalui pelbagai platform samada daripada inisiatif disediakan kerajaan ataupun usaha dilakukan oleh badan bukan kerajaan, bukan perkara yang kita boleh pandang enteng atau sekadar cakap-cakap sahaja. Ini kerana, penglibatan semua pihak dalam hal ini amatlah ditagih supaya pembangunan modal insan berkembang secara menyeluruh, holistic dan bersepadu.


Pentingnya perkara ini untuk dibangunkan, setelah kita melihat bagaimana negara Asia yang telah maju ini terus berkembang maju, sehingga mengangkat nama negara pada tahap tinggi di persada dunia ekoran hasil yang ditunjukkan oleh rakyatnya. Sebagai contoh Hong Kong, kepadatan pembangunan pesat dengan bangunan-bangunan pencakar langitnya, mampu menyayingi negara serantau, malah negara kita masih jauh ketinggalan untuk mengatasi mereka. Walhal Hong Kong tidak mempunyai apa-apa sumber asli untuk dieksport kepada negara luar. Walaupun begitu, kecekapan, kebolehan, pengalaman serta kepakaran yang dimiliki oleh penduduknya telah memberi nilai tambah dalam negara.

Jelas bahawa pembangunan modal insan yang dibangunankan mereka telah membuktikan “duduk sama rendah,berdiri sama tinggi” memberi gambaran Hong Kong umpama burung pipi, akhirnya boleh bertenggek juga dengan burung-burung enggang pada dahan yang sama. Jika bukan kerana kemajuan yang tonjolkan masyarakat mereka, untuk sebaris dengan negara-negara maju dan kuat tidak akan berlaku pada hari ini. Sejarah telah benar-benar mengajar mereka, untuk menjadi yang terbaik dan lebih kehadapan.

Sedangkan negara yang mempunyai hasil sumber yang banyak, serta jauh lebih luas berbanding Hong Kong, masih belom lagi mampu menjadi seperti Hong Kong dek kerana modal insan masyarakat mereka masih lagi terletak pada tahap di bawah negara yang masih membangun. Sekiranya tahap untuk negara yang masih membangun pada angka 3 atau 2, sudah pasti angka 5 dan kebawah adalah tahap mereka. Keadaan ini menyebabkan negara mereka dijajah semula oleh negara luar, sekaligus menyebabkan kekayaan mereka dirompak selain menjadikan pemimpin negara berkenaan sebagai “boneka” di tanah air sendiri.

Masyarakat mempunyai ilmu pengetahuan meluas, ataupun mempunyai kepakaran mahir dan professional, disamping turut mempunyai daya pemikiran pada tahap yang tinggi iaitu metaliti tahap pertama, dilihat mampu berdepan cabaran mendatang tidak kira bagaimana caranya, yang penting adalah terus hidup berkesinambungan bersama agama, bangsa, dan juga negara. Ini kerana, penjajahan secara halus yang masuk begitu mudah, pantas dan cepat adalah melalui cara penyebaran informasi maklumat boleh berlaku jika tidak ditapis sebelum ditafsir. Aspek yang dibimbangi ialah kita mungkin cenderung dimanipulasikan oleh media.

Artikel disiar pada 08/02/2013 - 8:10 pm oleh Di Luar Kotak!



Saturday 16 February 2013

Pemahaman Demokrasi Yang "Membogelkan" Akhlak.

"Kita dengan sekeras-kerasnya meminta Malaysia menganjurkan semula Seksualiti Merdeka yang melambangkan budaya Asia." kata-kata ini dipetik daripada kenyataan Peodjiati Tan & Sahran Abeysundara, sebuah pertubuhan (INTERNATIONAL LESBIAN, GAY, BISEXUAL, TRANS AND INTERSEX ASSOCIATION).

Manakala, Ambiga Sreenevasan pada 29 November 2011, juga dipetik berkata

"Seksualiti Merdeka bertujuan memberi ruang komuniti LGBT yang dipinggirkan untuk mengetengahkan mereka".

Bahkan kenyataan beliau itu juga mendapat sokongan daripada Majlis Peguam Negara pada 2 November 2011 dengan mengatakan bahawa "Jika Malaysia hendak menghormati mengamalkan demokrasi, negara ini perlu berhenti mengganggu dan memberi ruang kepada kumpulan seksual minoriti".

Ini kerana pemahaman yang dibawa mereka apabila bercakap mengenai DEMOKRASI hanya menyentuh "Hak Kebebasan, Hak Asasi Manusia" iaitu menyokong apa-apa sahaja kehendak masyarakat, tanpa mengira agama, bangsa dan juga agama. Lantaran konsep demokrasi sebenar yang mengamalkan sekularisme sepertimana dilaksanakan oleh negara Uncle Sam dan sekutunya.

Namun perkara ini ditentang sekeras-kerasnya oleh Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM)  kerana bertentangan amalan demokrasi berparlimen yang kita amalkan, apatah lagi negara kita ini adalah negara Islam dan majoritinya adalah bangsa Melayu.

"Seksualiti Merdeka adalah program yang mempromosikan nafsu gila golongan LGBT dan tiada kena-mengena dengan HAK ASASI MANUSIA". Ujar Azwanddin Hamzah Presiden JMM.

Menurut pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria "Umat Islam yang menyokong termasuk terlibat dalam menganjurkan program Seksualiti Merdeka yang mempromosikan seks bebas disifatkan sebagai syirik kepada ALLAH".

Bob Lokman bakal jadi MP Parlimen


Bob Lokman yang kini penceramah agama dan politik Pas menolak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman berkata, wakil Pas pernah menawarkan beliau untuk menjadi calon di kawasan Subang, Selangor akhir tahun lalu, namun tawaran itu terpaksa ditolak atas sebab kesihatan.

“Saya mengalami sakit jantung sejak tujuh tahun lalu. Biarpun berminat dalam bidang politik, saya menolak tawaran Pas sebab saya tidak bertenaga, jadi wakil rakyat perlu kuat dan bertenaga untuk bekerja siang dan malam.

Artikel Penuh: SINI

Wednesday 16 January 2013

Kuasa Autonomi Antara Hak dan Kebebasan.



Sudah menjadi lumrah kehidupan di mana pihak yang kuat mempunyai kelebihan untuk menguasai yang lemah. Dalam konteks politik, dapat dilihat pada tindakan rejim autokratik seperti negara China yang menguasai wilayah Tibet dan Xinjiang.

Mereka melakukannya dengan kekerasan yang menyaksikan pertumpahan darah disamping turut melakukan rompakan ke atas barangan perhiasan keagamaan yang berharga. Rentetan itu jugalah memaksa Dalai Lama hidup di dalam buangan.

Begitu juga Russia dengan menggunakan kekuatan ketenterannya berjaya menakluk wilayah Caucasus. Limpahan hasil bumi dan kedudukan strategik merupakan tujuan utama pihak pemerintah di Beijing dan Moscow melakukan tindakan sedemikian rupa.

SUDAH NASIB MENTIMUN DIGOLEK DURIAN

Namun, terdapat banyak lagi kisah di kawasan lain di seluruh dunia di mana wilayah atau daerah yang mempunyai kelebihan dipaksa untuk menjadi orang suruhan pihak yang lebih kuat.
Tidaklah adil untuk mengatakan bahawa wilayah-wilayah kecil tersebut tidak mampu berdikari ataupun kurang berkemampuan untuk berdiri sendiri.

Namun, kedatangan orang luar ke tanah air mereka telah merampas hak-hak seperti hasil royalti, perundangan, kebebasan bersuara, pendidikan dan lain-lain.

Di sinilah terdapatnya alternatif penganugerahan kuasa autonomi. Contoh terbaik mungkin dapat dilihat di Hong Kong yang merupakan hub kewangan, pelabuhan dan perniagaan terbesar Asia setanding dengan Singapura.
Perjanjian 100 tahun antara pihak British dengan kerajaan China telah membolehkan pemodal dan pelabur dari Barat membangunkan pulau kecil tersebut dengan tahap kepesatan yang begitu pantas sekali.
Selepas perjanjian tamat pada pertengahan 90-an status autonomi Hong Kong telah diberikan oleh parti komunis tanah besar untuk mengekalkan peranannnya sebagai sumber pengeluar cukai terbesar.


Justeru, konsep tersebut tidaklah asing untuk diaplikasikan khususnya di wilayah yang mempunyai kekuatan dari segi hasil bumi yang banyak, populasi yang berkemahiran dan berpendidikan serta mempunyai keluasan tanah yang besar.

Penduduk tempatan haruslah diberi mandat 100% tanpa perlu merujuk kepada orang luar khusunya dalam isu membabitkan kepentingan mereka. Pepatah ada menyebut “hanya jauhari yang mengenal manikam”.
Kerajaan pusat amatlah digalakkan untuk membantu tetapi campur-tangan yang keterlaluan hanya akan menimbulkan rasa kurang-senang khususnya kemasukan budaya yang dianggap bertentangan dengan pendirian rakyat tempatan.

Hak dan kebebasan merupakan elemen terpenting jatuh dan bangunnya sesuatu bangsa. Perkongsian pula harus dijalankan dalam kadar yang sederhana tetapi masih adil dan telus. Sebarang kelebihan adalah anugerah Tuhan kepada umat yang dikehendakinya dan tidak harus dipersoalkan.

Melalui kuasa autonomi, nilai-nilai berdikari akan dipupuk dan kemajuan yang dikecapi akan dinikmati bersama tanpa ada sebarang rasa curiga. Bukankah kita manusia dicipta berbeza-beza untuk saling kenal-mengenali dan hormat-menghormati ?

Semoga pembaca dapat menilai dan berfikir sendiri masih relevankah konsep ini dilaksanakan ataupun hanya sekadar coretan marhaen penulis.

Artikel disiar pada 14/09/2012 oleh Di Luar Kotak!




KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA