Wednesday 21 November 2012

15 Tahun Surau Menumpang Di Tadika Yang Dicemari Bau Najis Babi


15 Tahun Surau Menumpang Di Tadika Yang Dicemari Bau Najis Babi

surau

Encik Syariff Bin Busrah, Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Sarawak menunjukan alat pembesar suara Surau Al-Muttaqin.

Amat mengejutkan apabila mengetahui penduduk Islam di Perumahan Taman Mutiara mengerjakan sembahyang di tadika perpaduan. Menurut penduduk yang ditemu bual, mereka telah menghadapi masalah ini sudah 15 tahun iaitu sejak mereka mula-mula menetap di situ. Tambah menghairankan, apabila pembesar suara untuk melaungkan azan, digantung di tepi tadika. Saya mengunjungi tempat ini apabila mendapat makluman daripada ahli Pertubuhan Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Sarawak yang tinggal tidak jauh dari tempat ini.


Bilik kecil inilah yang menempatkan Surau Al-Mutaqqin.



Semasa penulis dan beberapa ahli termasuk Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Sarawak, Encik Syariff Bin Busrah tiba di Tadika Perpaduan yang menjadi surau tumpangan, kami disajikan bau najis yang kuat. Lalu diajukan soalan kepada Encik Marzuki Bin Hashim, Pengerusi Surau Darul Muttaqin dan beliau memberitahu punca kepada bau berkenaan kerana Peusahaan Pertenakan Babi. Ditanya lagi oleh penulis, berapa jauh jarak kawasan berkenaan, mereka menjawab “hanya 5 minit perjalanan”.


Encik Marzuki Bin Hashim, Pengerusi Surau Al-Mutaqqin menunjukan tapak yang dijanjikan untuk pembinaan Surau kepada Encik Syariff Bin Busrah.

Encik Marzuki berkata, “kami sudah terbiasa dengan masalah bau ini, dan sejak dahulu lagi sudah ada (bau najis babi) dan hidung ini dah lali kata orang” katanya sambil berseloroh. Masalah bau najis babi ini dikatakan menyerang pada hari panas dan berangin, sekaligus menggangu penduduk yang mahu mengerjakan sembahyang di Surau berkenaan dan juga memberi kehidupan seharian.



Ruang inilah yang digunakan sekiranya jumlah jemaah ramai.

Kami kemudiannya memasuki Tadika berkenaan dan ditunjukan bilik kecil yang menempatkan ruang untuk dijadikan Surau tumpangan. Didalamnya, terbentang sejadah, peralatan siaraya, Al-Quran serta sejadah yang telah dilipat. Dibelakangnya beberapa telekung untuk kaum wanita mengejarkan solat, kemas digantung. Beberapa gulung tikar sejadah turut didirikan, jelas menunjukan aktiviti keagamaan sering kali diadakan di sini. Kesemua kelengkapan dan peralatan untuk beribadah adalah sumbangan penduduk Islam di taman perumahan itu.


Ruang yang terhad itu hanya mampu dipenuhi 3 saf jemaah sahaja. Sekiranya tidak mencukupi, jika melibatkan jemaah yang lebih banyak seperti tarawih pada bulan puasa, mereka akan menggunakan ruangan di luar bilik berkenaan iaitu tempat khusus untuk kanak-kanak tadika. Mujur kedatangan kami adalah musim cuti. Kami kemudiannya meninjau sekitar tadika berkenaan, agak menyedihkan apabila ruang pembelajaran di bilik berasingan berhadapan masalah kebocoran di siling. Bilik itu dikunci, dan turut diletakan baldi sebagai tempat tadahan untuk menakung titisan air supaya lantai tidak basah.


Bilik yang boleh mengundang bahaya kepada keselamatan kanak-kanak.

Kami kemudiannya ditunjukan lokasi tanah yang dijanjikan untuk pembinaan surau, iaitu hanya berada bersebelahan dengan tadika berkenaan. Geran tanah sudah diluluskan, dan surat juga telah diserahkan kepada Pejabat Residen Bau. Tetapi sehingga sekarang, belum ada jawapan bilakah tarikh pembinaan surau dijalankan. Menurut Encik Marzuki, segala kelengkapan dan peralatan pembinaan sudah berada di Jabatan Kerja Raya (JKR) dan jumlah keseluruhannya adalah RM220 ribu. Tetapi mereka masih lagi memerlukan RM280 ribu untuk menyiapkan surau. Ini kerana, RM220 ribu hanya pembinaan asas sahaja dan tidak termasuk kos kemasan kelengkapan surau. Jumlah keseluruhan untuk surau adalah sebanyak RM500 ribu.
Kami meninjau kawasan yang dikatakan tapak untuk pembinaan surau, terletak betul betul di sebelah tadika, keadaanya masih lagi semak samun menunjukan tiada satu pun pembinaan yang dilakukan. Apabila ditanya, adakah wakil rakyat tahu akan perkara ini, mereka menjawab “Kami pernah menjemput beliau untuk datang semasa majlis berbuka puasa lama dahulu, dan beliau ada memberi sumbangan, tetapi sehingga sekarang kami masih lagi menumpang di sini (Surau)”.
Perkara ini sepatutnya mendapat perhatian daripada pihak berwajib sejak dahulu lagi, ini kerana tempat beribadat untuk agama lain seperti Tokong dan Gereja kelihatan hampir siap sepenuhnya bahkan berdekatan antara satu sama yang lain. Dan mengapa pula Surau untuk penduduk Islam disini terpaksa dibiarkan menanti sejak sekian lama.

Artikel disiar pada 15/11/2012 - 9:20 am oleh Di Luar Kotak!

www.suaragenerasibaru.com


Thursday 15 November 2012

Presiden ADAB Sila Mohon Maaf Kepada Blogger SGB.


Presiden ADAB Sila Minta Maaf Kepada Blogger SGB dan Media.



http://www.suaragenerasibaru.com/




DI LAMAN FACEBOOK SAYA TELAH MENGELUARKAN KENYATAAN INI.

Saya menegur sikap admin Pertubuhan Peradaban Melayu Sarawak yang dijaga sendiri oleh Presiden nya dimana secara jelas berselindung disebalik nama NGO's dan mempergunakannya untuk menghentam media dgn melemparkan beberapa kenyataan kurang enak berniat serta berunsur provokasi. beliau telah mengeluarkan beberapa kenyataan d FB seperti "Suara Generasi Baru.. Feena Syafieya Syafieyna membuka isu ASAL
 KEDUDUKAN "( adakah anda orang Bau)" berniat mempertikaikan asal tempat sesorg berkaitan isu berita tuntutan masyarakat di Bau yang tidak berani dikeluarkan oleh pihak media SGB dan tulisan "siapa berani menegur media" yg dikeluarkan oleh ADAB.. SILA pihak Ketua Pengarah Suara Generasi Baru untuk mengambil tindakan lanjut.. ***ADAB" dan " Feena Syafieya Syafieyna asal dari Semanggang.. "mun ubun2 gik licak, eboh nk tuaeja nk bukak isu asal usul urg.. coba juak anda tanyak CM Srwk atau PM M'sia asal usulnya cney..?? nmpk gilak wakil media Suara Generasi Baru tok sik layak jadi wartawan.. diat ajaklah kat post2 wall SGB ya, penuh dgn agenda2 politik.. apakah suara generasi baru keseluruhannya dimomok sidak2 berkepentingan kepolitikan..??" dan beberapa lagi yg jelas lansung tidak menunjukan kematangan dan bermotif. Sikap anda yang menyerang orang secara terbuka dengan memperlekehkan serta mengaibkan,bukan tindakan yg mencerminkan peradaban dan profesionalisme anda sebagai orang yg dah "keras ubun2 di palak".


NAMUN DEMIKIAN, SAYA TELAH DIBLOCK TEPAT JAM 7.20PM,15 NOV 2012

Laporan penuh mengenai Isu Surau di atas, saya telah siarkan di

 http://www.suaragenerasibaru.com/?p=41784


1. Saya membuat kenyataan bertujuan menegur ADMIN Facebook untuk FB Pertubuhan Peradaban Melayu Sarawak dan beliau juga adalah Presiden. Perkara ini berlaku apabila, beliau telah mengeluarkan beberapa kenyataan seperti di atas, dan banyak lagi (saya tidak dapat copy yang selebihnya sebab sudah kena BLOCK) dan menekankan banyak kali status ini "Siapa Berani Menegur Media". Saya tersinggung.

2. Beliau banyak melontarkan beberapa kenyataan yang kurang enak di dengar beberapa hari serta menyerang FB saya berkali-kali, ini kerana beliau mahu isu surau dan dewan masyarakat (bakal menyusul) dikeluarkan segera. 

3. Sebelum ini, saya telah memberitahu bahawa kami tidak menyiarkan artikel serta merta setelah di hantar ke EDITOR. Mereka akan meneliti terlebih dahulu sebelum menyiarkannya di Laman Web www.suaragenerasibaru.com sebuah portal yang penuh dengan isu-isu semasa dan terkini. 

4. Saya juga telah memohon maaf di atas kelewatan itu secara bersemuka dengan beliau, namun FB saya tetap diserang berkali-kali. Sehingga menimbulkan persepsi kurang senang serta nyata telah mengaibkan kerjaya saya. Saya menjawab dengan baik dan menerangkan bahawa "sabar,artikel itu akan disiarkan tidak lama lagi".

5. Di laman FB ADAB (Pertubuhan Peradaban Melayu Sarawak) yang beliau sendiri kendalikan, mengeluarkan beberapa kali kenyataan berbentuk provokasi sehingga telah memberi gambaran buruk orang lain terhadap saya dimana mereka telah memberi komen sebegini "mungkin awak deal dengan Reporter bahlol".

6. Beliau juga telah mengambil beberapa keping gambar dpd FB saya tanpa kebenaran, malah berterima kasih pun tidak. Saya agak tersinggung apabila beliau telah melontarkan tomahan terhadap Portal www.suaragenerasibaru.com dengan menuduh yang bukan-bukan, provokasi kerana belum lagi menyiarkan isu di atas.

7. Akibat sikap beliau itu, rakan penulis saya saudari Feena (individu yang dinyatakan diatas) telah menjelaskan secara baik tetapi dibalas dengan respon yang kurang menyenangkan daripada beliau. Secara peribadi saya mengkritik tindakan beliau itu kerana jelas berunsur memalukan, memperlekehkan serta mengaibkan bahkan juga turut memburuk2kan media. Feena telah diblock oleh beliau.

8. Saya amat terkesan dengan tindakan kurang matang itu, dan telah mengambil tindakan menegur beliau di FB kerana keterlaluan. Namun demikian, beliau tidak menjawab serta memberi sebarang komen status saya diatas dan mengapa pula saya di BLOCK. Bukankah awak "berani menegur media" seperti yang awak kerap war-warkan di laman sosial.

9. Saya dengan ini menggesa supaya Encik Syariff Bin Busrah Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu dan Warisan Sarawak supaya membuat kenyataan maaf secara terbuka terhadap saya, rakan penulis saya iaitu Feena, rakan-rakan media saya yang lain, dan juga terhadap portal www.suaragenerasibaru.com kerana telah meleparkan beberapa kenyataan buruk, berunsur provokasi, memalukan, mengaibkan, serta tidak matang. 

10. Saya juga mahu anda untuk tidak menggunakan FB Pertubuhan Peradaban Melayu sebagai medium menghentam orang/media sesuka hati kerana dilihat sering kali mengkritik bukan membina sehingga memberi gambaran tidak elok malah memalukan  Pertubuhan Peradaban Melayu itu sendiri. Di manakah etika anda? Jika kamu boleh mempersoalkan kami, kenapa kami sebagai media tidak boleh mempersoalkan profesionalisme anda juga? dimanakah ADAB anda?. 

Wassalam.   





Sunday 30 September 2012

Innocense of Muslims Agenda Yang Disengajakan


Innocense of Muslims Agenda Yang Disengajakan

“Secara jujur, ini bukan caranya untuk kita terutamanya orang Islam untuk memahami kemelut yang melanda dunia secara realitinya menguji kita semua. Berdemonstrasi jelas menunjukkan “suara daripada ramai orang akan menjadi kuat” tetapi sebenarnya akan jadi lebih hebat apabila minda kita semua di tahap yang pertama”

“Ramai diantara kita mengatakan bahawa, melakukan tunjuk perasaan hanya dilakukan oleh segerombolan manusia yang telah diperkotak-katikan mahupun diperalatkan oleh sesetengah pihak yang berkepentingan, tanpa kita menyedari terutamanya kita sebagai orang Islam akhirnya telah berjaya ditarik ke jalan untuk melakukan tunjuk perasaan bagi membantah penayangan video Innocent of muslims yang menghina Nabi Muhammad S.A.W”.

Namun, realiti adalah sebaliknya bahkan sangat menyedihkan. Majoriti negara-negara Islam adalah mundur dan berada dalam keadaan yang amat lemah sehingga menyebabkan mereka senang ditindas. Siapakah yang harus dipersalahkan?? Adakah adil untuk kita menuding jari kepada kuasa Barat dan Zionis yang senantiasa membuli umat Islam?? Tepuk dada tanya iman. Kenapa harus ada yang terbunuh dan dibunuh hanya kerana satu video yang menghina Rasuallah sedangkan kita dapat mengambil langkah yang lebih bertamadun dengan tidak melakukan keganasan sehingga memusnahkan tanah air sendiri??

“Apabila berdemonstrasi kerap kali kita praktikan, sebenarnya tanpa disedari secara halus akan meresap ke dalam mentaliti masyarakat kita bahawa inilah caranya sistem demokrasi”.


Kaedah serangan tanpa sentuhan fizikal sebegini merupakan trend terbaru di alaf ke-21 ini. Kewujudan laman  sosial dimanfaatkan sepenuhnya oleh musuh-musuh Islam untuk memburukkan agama yang mulia ini. Strategi ini jika diamati boleh dikatakan berjaya kerana rata-ratanya ramai Muslim yang tertipu dan terpedaya dengan apa yang mereka lihat, baca dan dengar di alam maya tanpa sebarang usul-periksa terlebih dahulu. Sasaran utama adalah dalam kalangan generasi muda dan dapat dilihat dari majoriti penunjuk perasaan yang berdemonstrasi di jalanan hanya untuk membuktikan cinta mereka kepada junjungan besar Nabi Muhammad.

Rasionalnya, adakah logik untuk kita bertindak melakukan keganasan tetapi enggan dilabelkan sebagai pengganas?? Kenapa kita tidak memanfaatkan kuasa ekonomi untuk memboikot sebarang aktiviti perdagangan dengan negara-negara terbabit?? Di manakah bijak pandai Muslim untuk melancarkan serangan siber?? Sedangkan kaum kafir tidak mengalami apa-apa kerugian tetapi yang terus menjadi mangsa adalah umat Islam. Ini adalah akibat dari fahaman ekstremisme melampau khususnya di negara Arab dan Asia Selatan sehingga bertindak berbunuhan sesama sendiri.

Bahkan Irshad Manji penulis buku Kontroversi Allah, Cinta dan Kebebasan dipetik berkata “Kamu (orang Islam) mengkritik tindakan akhbar di Denmark yang menyiarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad S.A.W tetapi bagaimana pula tindakan kamu yang melakukan pengeboman sesama sendiri di Pakistan?”


Friday 28 September 2012

Intipati Penuh Bajet 2013

Intipati Belanjawan 2013



Fokus 1: Mengarang Aktiviti Pelaburan

PELAKSANAAN 12 NKEA
1.Pelaksanaan projek permulaan (EPP) NKEA dengan peruntukan RM3 bilion:
- Penanaman semula kelapa sawit berkualiti tinggi, pengeluaran produk herba bernilai tinggi serta pengeluaran padi berskala besar;
-Pengindahan Sungai Klang (River of Life); dan
-Penggantian Rangkaian Paip dan Baik pulih Pembetungan

MENGGALAK PELABURAN DOMESTIK
2.Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik, RM1 bilion – MIDA
3.Insentif pengambilalihan syarikat asing dan kadar cukai khas kepada penyedia perkhidmatan tempatan

MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA
4. Pembangunan PKS
-Skim Pembangunan PKS – RM1 Bilion (SME Bank)
- Pelan Induk PKS (2012-­‐2020) – RM 30 juta bagi tahun 2013
-Dana Industri Halal – RM200 juta bagi pembiayaan modal kerja PKS yang mengusahakan pengeluaran produk halal
5. Penjaja dan peniaga kecil
-Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil (perlindungan maksimum sehingga 5,000 ringgit)
-Kemudahan pinjaman mudah kepada penjaja dan peniaga kecil (RM25,000 bagi licensee dan RM500,000 kepada licensor)

SEKTOR PELANCONGAN
6. Merancak Sektor Pelancongan
- Program Tahun Melawat Malaysia 2013 / 2014 dengan sasaran 26.8 juta pelancong
- Pengecualian cukai pendapatan selama 3 tahun bagi pengusaha pelancongan yang
mengendalikan 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan

HAB DAGANGAN MINYAK DAN GAS
7. Insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum:
-Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 10 tahun
-Pengecualian cukai pegangan
-Pengecualian duti setem
8. Projek pelaburan minyak dan gas:
-Petronas Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid)
-Terminal minyak dan gas – Johor dan Sipitang, Sabah
- Loji Regasifikasi di Melaka
9.Insentif cukai ke atas Program Global Incentive for Trading (GIFT) sebagai menjadikan Malaysia Hab dagangan komoditi antarabangsa :
-Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 3 tahun pertama operasi syarikat dagangan LNG
-Memperluas dagangan komoditi di bawah program GIFT seperti pertanian, bahan mentah bertapis, logam asas dan kimia.

PENEKANAN KEPADA SEKTOR PERTANIAN
10. Mencergas sektor pertanian & perladangan
-Pembangunan program pertanian melalui aplikasi teknologi terkini – RM 30 juta
-Meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan – RM75 juta
- Program penanaman semula pokok kelapa sawit – RM432 juta
- Pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi – RM127 juta
- Memperkasa Projek Azam Tani – RM 41 juta (manfaat hampir 6,700 peserta)
11. Menambah 4 kawasan jelapang padi baru – keluasan 19 ribu hektar
-Kota Belud, Batang Lupar, Rompin & Pekan
- Jangkaan menghasilkan 104 ribu tan metrik & penyertaan 12,237 pesawah

INSENTIF UNTUK NELAYAN
12. Elaun bantuan sara hidup RM 200 sebulan – manfaat 55 ribu nelayan
13. Insentif 10 hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan
14. Skim perlindungan insurans nelayan – perlindungan hingga RM100,000

MENINGKAT AKTIVITI PERTANIAN
15. Penerusan subsidi dan insentif pertanian – RM2.4 bilion
- Pemberian Subsidi Harga Padi -­‐ 480 juta ringgit
- Pemberian Subsidi Baja Padi -­‐ 465 juta ringgit
- Insentif Peningkatan Hasil Padi -­‐ 80 juta ringgit
- Insentif Pengeluaran Padi -­‐ 563 juta ringgit
- Subsidi Harga Beras -­‐ 528 juta ringgit
- Subsidi Benih Padi Sah -­‐ 85 juta ringgit
16. Skim Perlindungan Takaful Pertanian
- Jumlah pampasan sehingga RM13,000
- Manfaat kepada 172 ribu pesawah

MENCERGASKAN PASARAN MODAL DAN KEWANGAN
17. Pasaran Modal
- Menerajui terbitan sukuk – RM171 bil. @ 71% drpd jumlah terbitan sukuk global
-Terbitan sukuk tunggal terbesar dunia dengan nilaian RM30.6 bil. – PLUS Berhad
-Penubuhan Pusat Promosi Pasaran Modal di Suruhanjaya Sekuriti
-Program Graduate Representative – melatih 1,000 graduan dalam pasaran modal
18. Tawaran Awam Awal (IPO)
-Terbitan dua daripada tiga IPO terbesar di dunia – FELDA Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) dan IHH Healthcare Berhad (RM6.3 bilion)
19. Pasaran Bon dan Sukuk
- Rangka kerja terbitan bon dan sukuk runcit – Suruhanjaya Sekuriti
- Pegangan bon dan sukuk runcit oleh individu
- Potongan cukai dua kali bagi menerbitkan bon dan sukuk runcit
- Pengecualian duti setem ke atas surat cara dalam urus niaga bon dan sukuk runcit
- Potongan cukai dua kali bagi tempoh 4 tahun bagi terbitan AgroSukuk

MENGGALAKKAN AMANAH PERNIAGAAN
20. Pengendalian perniagaan melalui Amanah Perniagaan
-Layanan cukai sama seperti syarikat
-Pengecualian duti setem dan cukai keuntungan harta tanah
21. Tambahan peruntukan modal Danajamin -­‐ RM400 juta; 2 tahun
-Merancak penerbitan bon dan sukuk oleh syarikat
22. Penubuhan Yayasan Pasaran Modal -­‐ RM 100 juta
- Pembangunan modal insan bagi industri sekuriti
23. Tun Razak Exchange (TRX)
- TRX dijangka menarik 250 syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa dan menawakan 40 ribu peluang pekerjaan
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange (TRX)
- Pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee
- Pengecualian cukai bagi pemaju hartanah
24. Pembangunan Wakaf Korporat
-Merangka Pelan Induk Wakaf Korporat – JAWHAR bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri

PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA
25. Projek MRT -­‐ sebanyak RM9 bilion atau 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera
26. Penyediaan Dana Pembiayaan Bumiputera, SME Bank -­‐ RM 1 bilion
27. Galakan insentif bagi syarikat Bumiputera di bawah Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK)
-Melanjutkan tempoh kemudahan Skim sehingga 31 Disember 2013
-Memperluas kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS)
-Meningkatkan kelayakan pemegang syarikat sehingga RM20 juta
28. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil & sederhana
-Peruntukan 2013: RM350 juta , termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India

Fokus 2: Memperkasa Pendidikan & Latihan

MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN
29. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 -­‐ 2025
- Peruntukan sektor pendidikan -­‐ RM38.7 bil. @ 15% dari keseluruhan peruntukan
- Peningkatan kemahiran guru (subjek: Bahasa Kebangsaan, BI, Matematik & Sains)
- Mewujudkan Unit Pelaksanaan Pendidikan (EDU)
30. Pembangunan Sektor Pendidikan
-Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan & Penyelenggaraan Sekolah(RM1 Bilion)
31. Memperkukuh Peranan Taska Dan Prasekolah
-Pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM, PERMATA & JPNIN – RM1.2 bilion
- Geran pelancaran (RM10,000) kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak‐kanak swasta
- Potongan cukai dua kali ke atas majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan Taska dan pusat jagaan kanak‐kanak
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 % setahun diberi kepada pengusaha Taska, pusat jagaan kanak‐kanak dan prasekolah swasta
32. Projek perintis bagi melaksanakan TASKA OKU – 6 kategori OKU
-OKU down syndrome, autisme, OKU penglihatan, OKU pekak dan bisu, OKU fizikal dan OKU masalah pembelajaran

LATIHAN & KEMAHIRAN
33. Peruntukan dalam latihan teknikal dan vokasional – RM3.7 bilion
- Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran – RM440 juta
- Peralatan ILP & IKBN – RM366 juta
- Program latihan berstrategik tinggi – melatih 5,000 orang
- Program RAPID di Pengerang – melatih 300 belia dalam bidang minyak & gas
- Program latihan kemahiran dibawah ILP & skim SLDN -­‐ melatih 3,200 pelajar India
34. Penubuhan Graduate Employability Taskforce (GET) – memperkukuh kebolehpasaran graduan & bidang kerjaya
35. Skim Latihan 1M’sia – potongan cukai 2 kali ke atas perbelanjaan syarikat
36. Pemeriksaan percuma sebanyak 2 kali kepada 1.4 juta ahli PERKESO

Fokus 3: Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti

MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA
37. Pembangunan PKS
-Harta intelek dijadikan cagaran untuk peroleh pembiayaan
-Penyediaan Dana Pembiayaan Harta Intelek -­‐ RM200 juta (Kerajaan menanggung 2% kadar faedah dan CGC menjamin 50%)
-Program latihan penilai harta intelek – RM19 juta

MEMPERGIAT AKTIVITI R&D
38. Peruntukan R&D kepada 5 Universiti Penyelidikan – RM600 juta
- Menjalankan penyelidikan berimpak tinggi
- Bidang strategik: nano teknologi, automatif, bio-teknologi & aero-angkasa
39. Insentif cukai kepada syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti R&D
-Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan
-Pengecualian cukai 100% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun
-Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatan
40. Mengarusperdanakan program kreativiti dan inovasi
-Program Inovasi Inklusif – kerjasama agensi Kerajaan & NGO

PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU
41. Menambahbaik Skim Pembiayaan Teknologi Hijau
-Tambahan peruntukan bagi SPTH RM2 bilion
-Pelanjutan tempoh permohonan sehingga 31 Disember 2015

Fokus 4: Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam

PENGUKUHAN KONSOLIDASI FISKAL
42. Memastikan defisit fiskal terus berkurangan dan mencapai bajet berimbang – 3% menjelang 2015
43. Memperkukuh sistem percukaian negara
-Peralihan daripada sistem cukai berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih menyeluruh serta saksama
44. Perolehan Kerajaan dan pembelian berdasarkan prinsip value for money

MENGUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
45. Meningkat kecekapan Perkhidmatan Awam
-Penekanan kepada amalan kerja secara cepat, tepat dan berintegriti
-Perkhidmatan yang lebih efisyen, efektif dan responsif
46. Pesara Kerajaan
-Menyelaras mininum pencen yang berkhidmat sekurang­kurangnya 25 tahun: daripada RM720 kepada RM820
-Manfaat kepada 50,371 pesara (termasuk penerima pencen terbitan)
47. Warga Emas
- Diskaun 50% bayaran pemprosesan pasport (tempoh 5 tahun:RM300 ke RM150 dan tempoh 2 tahun:RM100 ke RM80)
-Berkuatkuasa Januari 2013
48. Penambahbaikan Skim Perkhidmatan ATM
- Menambah baik kelayakan masuk (Ijazah – pegawai; Diploma – askar Laskar)
- Kenaikan pangkat secara time-based (8 tahun: Prebet ke Lans Koperal & Lans Koperal ke Koperal)
- Bayaran insentif khas RM200 sebulan (manfaat: 125,708 anggota ATM)
- Menaikkan elaun khidmat tugas anggota Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut & Udara (dari RM4.00 sejam ~ RM7.80 sejam)
49. Pesara Tentera tidak Berpencen (berkhidmat kurang 21 tahun)
- Bantuan tunai one-off, RM1,000 – manfaat 224 ribu bekas tentera

INSURANS BERKELOMPOK TENTERA DAN POLIS
50. Skim Perlindungan Insurans Berkelompok kepada anggota Tentera & Polis
- Had perlindungan maksimum: RM15,000
- Manfaat kepada hampir 242,000 anggota

PINJAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM
51. Bahagian Pinjaman Perumahan (MOF) akan disusun semula
-Bank komersial sebagai panel bak yang menguruskan pinjaman
-Manfaat dan bantuan sedia ada kekal (kadar peratus 4%)
52. Wang proses permohonan pinjaman perumahan
- Mengurangkan caj wang proses (dari RM1 setiap RM1,000 pinjaman kepada RM100 falt rate)
PELATIH PRA PERKHIDMATAN
53. Pelarasan elaun Pra­Perkhidmatan
- Menaikkan kadar elaun pra perkhidmatan
- Manfaat kepada 13 skim dengan anggaran 31,135 pelatih

Fokus 5: Mensejahterakan Rakyat

INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA – PFI 2
54. Menyediakan peruntukan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat.
MENGURANGKAN KADAR JENAYAH
55. Inisiatif mengurangkan kelakuan jenayah
-Tambahan perjawatan baru polis
-Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal – rondaan 1,000 motosikal di kawasan perumahan
-Tambahan 10,000 bilangan ahli Pasukan Sukarelwan Polis
- Pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
56. Penglibatan pihak swasta dan komuniti dalam mewujudkan persekitaran selamat dan aman
-Aktiviti rondaan di kawasan kejiranan – geran RM10,000 kepada persatuan penduduk
-Mempertingkat peranan rukun tetangga (KRT) – 6,500 KRT menjelang 2013
-Penyediaan pakaian seragam kepada hampir 300,000 anggota RELA aktif
-Galakan Elaun Modal Dipercepatkan kepada syarikat yang membelanjakan pemasangan peralatan keselamatan

MENAMBAHBAIK LALUAN KERJAYA WARGA PDRM
57. Kajian secara komprehensif sedang dijalankan oleh pihak JPA

MENAMBAHBAIK SPRM
58. Tambahan 150 perjawatan sehingga 5,000 anggota
59. Memperbaiki kedudukan Kerajaan dalam Indeks Persepsi Rasuah

YAYASAN BANTUAN GUAMAN
60. Tambahan peruntukan RM20 juta kepada Yayasan Bantuan Guaman

MEMACU TRANSFORMASI KOMUNITI
61. Penubuhan National Strategic Coordination Unit
- merancang dan menyelaras program menyeluruh UTP dan RTP
62. Perluasan 6 UTC di seluruh negara
- Alor Star, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu & Kuching
- Menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan & swasta dalam 1 bangunan
63. Perluasan 5 RTC dan mini RTC di seluruh negara
- Melaka, Johor, Pahang, Sabah & Sarawak
- Menyediakan perkhidmatan komuniti & hasil pertanian di 1 pusat integrasi
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN MASYARAKAT ORANG ASLI
 64. Projek pembangunan infrastruktur luar bandar
-Bina 441 km jalan luar bandar & jalan perhubungan desa – manfaat 220,000 penduduk
-Projek bekalan air – manfaat 24,000 rumah
-Projek penyambungan bekalan elektrik – manfaat 19,000 rumah
-Program Desa Lestari – melibatkan 29 kampung dan manfaat 38,000 penduduk
-Program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli – RM88 juta
-Membekalkan 40,000 tangki air di kawasan pedalaman Sabah & Sarawak

KESIHATAN ASAS KESEJAHTERAAN
 65. Projek pembangunan perkhidmatan kesihatan
-Peruntukan RM19.3 bilion bagi perkhidmatan kesihatan
-Membaik pulih 350 buah klinik Kerajaan – peruntukan RM100 juta
-Tambahan 150 mesin dialisis di pusat hemodialisis Kerajaan seluruh negara
66. Klinik 1Malaysia
- Tambahan 70 Klinik Rakyat 1Malaysia (keseluruhan 240 klinik di seluruh negara)
- Menyediakan perkhidmatan ujian darah, ujian kolesterol & glukosa serta ujian urin

PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT
 67. Program pembangunan wanita dan masyarakat
- Program Pengarah Wanita ‐ melatih 500 wanita sebagai Ahli Lembaga Syarikat
- Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I‐KIT)
-Program Get Malaysian Business Online (GMBO) – geran RM1,000 kepada 50,000 usahawan kecil untuk membangunkan website
-Pemeriksaan percuma ujian Mamogram – manfaat 100 ribu wanita
- Program KAR1SMA – manfaat RM1.2 bilion
-Program 1AZAM – manfaat 58,330 peserta
68. Tambahan 6 Anjung Singgah dan 5 Anjung Kasih di seluruh Negara

BELIA DAN SUKAN
 69. Program pembangunan Atlet dan Sukan
- Penyediaan atlet ke kejohanan sukan antarabangsa – Sukan SEA, Sukan Para ASEAN, Sukan Komanwel dan program Road to Rio
- Pembinaan Akademi Badminton di Bukit Kiara
- Pembinaan kompleks Velodrom tertutup di Seremban
70. Program pembangunan belia
- Program Y-Creative – penglibatan persatuan belia seluruh negara
- Penubuhan New Enterpreneur Fundation (NEF) – usahawan muda menceburi bidang ICT
- Penubuhan Young Enterpreneur Fund – pinjaman perniagaan untuk belia dengan subsidi kadar faedah 2% ditanggung oleh Kerajaan (had pinjaman: RM100 ribu)
- Program 1M4U – menggalakkan aktiviti sukarelawan belia
71. Rebat RM200 kepada belia 21‐30 tahun bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G – manfaat 1.5 juta pengguna

GOLONGAN SENIMAN & KARYAWAN
 72. Bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan berdaftar

MEMPERLUAS JARINGAN PENGANGKUTAN AWAM BANDAR
73. Penubuhan perkhidmatan bas RapidKuantan pada 1 Disember 2012
74. Diskaun 50% kadar tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan – RM3,000

PERUMAHAN UNTUK RAKYAT
75. Pembinaan hampir 123,000 unit rumah – RM1.9 bilion
76. Menambah baik Skim Rumah Pertamaku:
- Had pendapatan pinjaman Individu dari RM3,000 kepada RM5,000
- Had pendapatan pinjaman bersama suami-­‐isteri kepada RM10,000
- Nilai maksimum hartanah RM400,000
- Melanjutkan tempoh pengecualian duti setem sebanyak 50% sehingga 31 Dis. 2014
77. Kajian Semula Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT)
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan tidak melebihi 2 tahun: RPGT 15%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 2 hingga 5 tahun : RPGT 10%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 5 tahun: RPGT tidak dikenakan
78. Insentif cukai pemulihan perumahan terbengkalai:
-Institusi perbankan diberi pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah yang diterima daripada kontraktor penyelamat;
- Kontraktor penyelamat diberi potongan cukai 2 kali ke atas bayaran faedah dan semua kos langsung dalam mendapatkan pinjaman;
- Kontraktor penyelamat diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan pindah milik tanah atau rumah dan surat cara pinjaman bagi membiayai kos pemulihan; dan
- Pembeli asal rumah terbengkalai diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan mendapat pembiayaan tambahan dan pindah milik rumah.

BANTUAN DAN SUBSIDI
79. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)
-Bantuan tunai RM500 – isirumah berpendapatan ≤ RM3,000
-Bantuan tunai RM250 – individu bujang berumur 21 tahun ke atas ≤ RM2,000
80. Pengurangan subsidi gula 20 sen (Kerajaan masih menanggung 34 sen
dengan perbelanjaan RM278 juta)
81. Subsidi minyak masak (penstabilan harga) – RM 1.5 bilion
82. Program Penyeragaman Harga dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
-Subsidi kos pengangkutan (LPG 14kg setong: asal RM70; harga subsidi RM26.60)
- Tambahan 57 KR1M di Sarawak, Sabah dan Labuan
83. Diskaun 50% ke atas tambang penumpang feri Sarawak-­‐Labuan-­‐Sabah
84. Diskaun 50% ke atas tambang feri bagi kenderaan komersial mengangkut barangan Sarawak‐Labuan-Sabah

BONUS KEPADA PENJAWAT AWAM
85. Pemberian 1 bulan setengah bonus
MEMPERMUDAH IBADAH HAJI
86. Membenarkan pencarum KWSP membuat pengeluaran di Akaun 2 bagi jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran RM3,000

KAJIAN SEMULA CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DAN KOPERASI
87. Individu: kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan – RM2,500 ringgit ~ RM50 ribu
88. Koperasi: kadar cukai pendapatan dikurangkan antara 1 ~ 7 mata peratusan di semua kumpulan pendapatan bercukai

MERINGANKAN BEBAN PENGUSAHA BAS
89. Bantuan kepada pengusaha bas sekolah :
-Pemberian rebat RM10,000 dan subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman membeli bas baru untuk menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun dengan kapasiti 12 hingga 18 tempat duduk
-Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah (had perlindungan sehingga RM100 ribu)

MENGURANGKAN KOS PEMBELAJARAN PELAJAR
90. Program kebajikan kepada pelajar sekolah ‐ RM2.6 bilion
-Merangkumi bantuan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, bantuan buku teks
91. Program bantuan persekolahan – RM100 kepada pelajar sekolah
-Manfaat 5.4 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5
92. Program Baucar Buku 1Malaysia – RM250 kepada pelajar universiti
-Manfaat 1.3 juta pelajar universiti dan tingkatan 6
93. Menaikkan pelepasan cukai SSPN daripada RM3,000 kepada RM6,000

PINJAMAN PTPTN & SKIM SSPN
94. Diskaun 20% bagi penyelesaian sekali gus (sehingga 30 September 2013)
95. Diskaun 10% setahun kepada yang membayar pinjaman secara konsisten

AKTIVITI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)
97. Pihak GLC menyokong usaha CSR
-FELDA: Membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan FELDA, membaiki rumah-­‐rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran
- Yayasan 1MDB: pemberian geran pendidikan, Klinik Bergerak 1Malaysia & program membaikpulih rumah – RM300 juta
-Syarikat GLIC dan GLC (RM500 juta) dalam pembangunan komuniti, biasiswa

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA