Saturday 14 April 2012

Sembang Mesra Belia Dun Pantai Damai

PANTAI DAMAI – Usaha bagi mendekati golongan belia serta mendengar mereka menyuarakan pandangan  telah dilaksanakan di Kampung Telaga Air, Pantai Damai sebuah kampong yang mempunyai pelbagai prasarana yang memuaskan hasil pemerintahan kerajaan yang sedia ada. Sesi dialog bersama pemimpin telah berlansung di Plaza Ria iaitu sebuah jeti yang berhadapan dengan Pulau Satang. Kawasan yang sinonim dengan kaki pancing serta dihiasi dengan panorama alam yang indah. Sesi dialog ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi Ahli Dewan Undangan Negeri N.4 Pantai Damai dan para pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Turut hadir bagi memberi sokongan ialah Ketua Kampung dan Ketua Pemuda PBB.








Kehadiran belia seramai 80 orang di kawasan berkenaan menunjukkan konsep dialog bersama pemimpin ini diterima baik. Sesi dimulakan oleh pegawai Belia dan Sukan dengan memberi sedikit ucapan dan perhargaan kepada belia di kawasan berkenaan kerana sudi melapangkan waktu mereka untuk menyertai sesi dialog. Selain itu juga pegawai tersebut sempat mewar-warkan kemudahan yang disediakan oleh Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang baru sahaja siap dibina.Turut diberi penghargaan adalah Yang Berhormat Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi kerana komitmen yang telah ditunjukkan beliau dalam menjayakan program sembang mesra bersama belia. Untuk pengetahuan semua, komitmen yang ditunjukkan oleh beliau selama ini sangat baik dan beliau sentiasa menyokong aktiviti yang disertai oleh belia di kawasan beliau. Boleh saya katakan beliau merupakan seorang pemimpin yang senang didekati, peramah, dan sentiasa mengambil berat tentang belia.





 Sesi dialog kemudiannya dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dr.Abdul Rahman Junaidi iaitu sesi yang dinanti-nantikan oleh belia yang hadir pada malam itu. Antara permintaan belia di kawasan berkenaan ialah dewan masyarakat untuk mereka bermain badminton dan sepak takraw. Selain itu ada juga belia yang memohon kursus-kursus kejurulatihan bagi mereka menambah kemahiran yang sedia ada. Akhir sekali, mereka turut memohon lampu kalimantang untuk mereka bermain street soccer pada waktu malam. Kesemua permintaan belia pada malam itu, diambil perhatian oleh beliau dan beliau turut menyatakan bahawa permintaan kecil seperti lampu akan ditangani segera. Pada malam itu juga, beliau turut menyumbangkan alat permainan indoor games seperti meja pingpong, papan dart, carom, dan permainan catur untuk belia di kawasan berkenaan.    





Program Sembang Mesra diakhiri dengan persembahan karaoke oleh penduduk kampong dan kami turut diundang untuk menjamu selera. Antara menu yang menarik di malam berkenaan ialah tiram yang dipanggang dan air kelapa muda.








Sembang Mesra Belia MIRI

MIRI - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Siew menggesa pemimpin belia untuk tidak menggunakan Facebook atau rangkaian sosial lain untuk menyuarakan keresahan mereka atau menyebarkan kenyataan yang tidak sahih yang boleh memecahbelahkan atau mewujudkan keluh kesah di kalangan rakyat.

“Pemimpin perlu bertanggungjawab diatas tindakan dan kata-kata mereka dan kita perlu lebih berhati-hati apabila memberi sebarang komen atau gambar dalam rangkaian sosial”, katanya.

Remaja juga perlu di didik agar tidak memandang ringan soal penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti rangkaian sosial dalam internet yang boleh merosakkan bangsa dan Negara jika sekiranya digunakan dengan bertanggungjawab dan baik. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Dialog Belia Miri yang diadakan di Eastwood Valley Golf and Country Club pada 7 April lalu.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas berkenaan persatuan dan pertubuhan belia, beliau berharap agar mereka mampu berdikari dan tidak hanya mengharapkan bantuan daripada kerajaan semata-mata.







Belia yang hadir di program sembang mesra belia 



Yang Berhormat Senator Gan Ping Siew ketika menyampaikan amanat




Tuesday 3 April 2012

Paparan Menarik Sembang Mesra Belia DUN Tupong Siri 2

TUPONG- Kawasan Petra Jaya telah menjadi pilihan untuk kali kedua bagi mengadakan program sembang Mesra Belia yang bertempat di restoran Seven On Seven, Matang Jaya Kuching. Program yang berbentuk santai dan mesra belia ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran oleh Ybhg. Datuk Jamil Bin Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, YM Engku Mohd Azmi Bin Engku Mohd Basri Pengarah Cawangan Perhubungan dan Strategik serta pegawai-pegawai kanan KBS dan JBS Sarawak. Majlis perjumpaan ini tambah menarik dengan kehadiran Azlan Iskandar anak kelahiran Sarawak yang juga pemain Squash Negara. Program ini telah menghimpun kira-kira 120 orang belia dari kalangan ahli Kelab Rakan Muda Petra Jaya dan ahli kelab Motor Kuching Scootlan. Sambutan program ini adalah amat menggalakkan. Disini saya kongsikan sedikit bingkisan dari bumi kenyalang untuk tatapan pembaca Suara Generasi Baru.
 

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan live band.




Belia tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar bersama Datuk Jamil dan Azlan Iskandar.


"Prihatin" - Datuk Jamil mendekati belia di program berkenaan dengan kunjungan meja ke meja untuk bertanya khabar dan mendengar pandangan mereka sambil diperhatikan oleh Tuan Haji Razali Bin Mohamad Timbalan Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sarawak (berbaju biru). 


Datuk Jamil mendengar dengan teliti pandangan yang diberikan oleh belia di malam berkenaan.


Sesi dialog ini turut disertai juga oleh Tuan Haji Razali Bin Mohamad (Timbalan Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sarawak). Sambil diperhatikan oleh Datuk Jamil dan Encik Syed Zaid Bin Wan Asnawi (Ketua Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching).





Penulis juga tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar bersama Azlan Iskandar dan belia DUN Tupong sebagai tanda kenang kenangan di program Sembang Mesra Belia. 

Kehadiran Ybhg. Datuk Jamil di malam berkenaan bersama tetamu VIP yang lain untuk berdialog secara terus kepada belia tenyata telah membawa impak yang positif. Ini kerana beliau sangat mengambil berat mengenai belia setempat dan memahami kehendak mereka. Ini sekaligus membuktikan bahawa usaha yang telah ditunjukkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada program itu telah membuktikan keperihatinan badan kerajaan berkenaan yang sememangnya peka dan mengambil berat terhadap isu dan masalah belia. 

Maklum balas belia yang diterima di malam berkenaan telah menyatakan bahawa keprihatinan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk mendengar suara mereka amat mereka hargai dan menyambut baik segala usaha badan berkenaan untuk memajukan belia negara ke arah yang lebih gemilang. Jadi, penulis berharap usaha sebegini seharusnya diteruskan lagi dari semasa ke semasa kerana dengan adanya program sebegini belia lebih mudah untuk menyuarakan pendapat mereka secara terus. SYABAS KBS....!!!    






Monday 2 April 2012

Sembang-sembang Belia DUN SEMOP

DUN SEMOP- Program Sembang-sembang Belia di Bumi Kenyalang di teruskan lagi, antara destinasi pilihan untuk mendekati belia kali ini ialah di Parlimen Tanjong Manis Dun Semop yang berlansung di Dewan Masyarakat Semop.

Majlis yang santai ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Encik Latif Bin Katif Penghulu Kampung Semop, pegawai pegawai Belia dan Sukan bahagian, dan belia di kawasan berkenaan. Kehadiran belia seramai 50 orang menunjukkan program sebegini diterima positif oleh mereka. Antara yang menjadi fokus utama dalam sesi dialog antara belia dan pihak Belia dan Sukan bahagian ialah masalah liputan talian komunikasi yang terbatas, isu berkaitan wakil rakyat kawasan, dan kemudahan asas.

Program yang ringkas ini turut diisi dengan aktiviti karaoke dan barbeku.

Tuesday 27 March 2012

Sembang-Sembang Belia DUN TUPONG

TUPONG – Program Sembang-sembang Belia di Kuching telah diadakan di Jeti Kampung Paroh, Tupong dan dihadiri oleh Encik Syed Zaid Bin Wan Asnawi Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kuching, Encik Mahdi Bin Tommy Ketua Pemuda PBB Kampung Paroh, pegawai-pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kuching dan belia di kawasan berkenaan.

Program sembang-sembang belia ini juga telah dihadiri seramai 50 orang belia di kampong berkenaan. Kebanyakkan mereka adalah berbangsa Melayu dan aktif bersukan iaitu lumba perahu.

Sesi sembang-sembang Belia telah digunakan oleh belia di kampong berkenaan untuk berinteraksi secara terus kepada pihak Belia dan Sukan bahagian Kuching. Antara permintaan belia di kawasan berkenaan adalah memohon padang futsal,balai raya,dewan masyarakat dan bantuan berbentuk peruntukkan untuk menjalankan aktiviti sukan air iaitu lumba perahu. Kebanyakkan belia di kampung ini aktif dalam sukan air ini dimana mereka banyak memenangi acara lumba perahu. Penulis juga diberitahu bahawa kedua-dua perahu panjang yang mereka gunakan untuk aktiviti sukan ini telah disumbangkan oleh Yang Berhormat Datuk Fadillah Yusuf Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia yang juga merangkap sebagai ahli parlimen bagi kawasan PetraJaya, Kuching. Diatas keprihatinan yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Datuk Fadillah, belia di kampong Paroh ini sangat aktif dalam melibatkan diri dengan menyertai aktiviti sukan air bagi mengisi masa lapang mereka.  
Program berkenaan juga telah digunakan sepenuhnya oleh pegawai Belia dan Sukan bahagian Kuching untuk mendengar permasalahan belia di kawasan berkenaan dan juga turut mempromosikan bangunan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang baharu dan fungsinya untuk belia setempat. Program yang berbentuk santai dan mesra ini turut dimeriahkan aktiviti karaoke disamping kami juga disajikan dengan ikan tilapia bakar special di kampong berkenaan.




Sunday 25 March 2012

~MILANI KARANBOJIE~

Membersih bukan sahaja bermaksud membersihkan kotoran yang berada di tempat kita berada, tetapi ia juga bermaksud cara kita untuk mengenali diri kita yang sebenar dan bagaimana cara orang menilai kita. soalan paling sukar ialah "siapa anda sebenarnya?".
Setiap tempat memang bersih, kadang-kadang ia didatangi kekotoran. Mungkin sebab itu kita hendaklah kerap membersih bagi membuang kekotoran. Seperti hati kita :-)


Baju umpama kehidupan. Jika dilihat zahir ianya seperti kain yang menutup tubuh kita. Yang tersiratnya baju itu mengambarkan kehidupan seseorang. Kita tidak akan memakai baju yang sama setiap hari. Kenapa? kehidupan kita tidak akan sama tiap-tiap hari. Ianya seperti baju, bermacam-macam corak, lakaran dan kelembutan.


Hidup ini indah jika kehidupan kita berwarna-warni~ MILANI KARANBOJIE

Thursday 22 March 2012

MILANI KARANBOJIE~

Milani Karanbojie. menulis ketika duduk berseorangan dan mendapat ilham. nama Milani Karanbojie menjadi pilihan utk nama Pena.

Malam itu,sunyi dan sepi. sejuk dan suram. hitam yang begitu pekat kerana malam,ihsan yang sedikit dari lampu jalan. hitam dan kuning malap menjadi latar belakang setiap malam. di lorong inilah Milani Karanbojie tinggal dan masih menumpang.
ketika mengelamun teringat di satu ketika. Usia remaja itu sungguh singkat. Jadi Milani Karanbojie berkongsi sedikit.

Boleh dinilai seperti orang yang tidak mempunyai matlamat hidup dan cita-cita adalah di antara mereka yang pandai menikmati erti kehidupan. Kebebasannya seperti layang-layang yang dilambung angin,sehingga sangat selesa didodoi awan. Mereka menghirup udara segar dengan tenang dan dalam. Makan sesuatu dengan penuh kenikmatan. Mereka kreatif kerana mereka meneroka di dorong oleh perasaan ingin tahu yang kuat,lalu mereka mencoba. Mereka berkawan untuk masa suka dan mereka jadi sendiri ketika di belenggu waktu sulit. Berjaya di sebalik usaha yang terkapai-kapai. Gagal di anggap kecil, kerana yang difikir tidak sampai kepada penghujung. Mereka bijak membentuk komuniti kecil dan menjadikan muzik satu bentuk kegairahan. Pasangan adalah hiburan, rumah sebagai persinggahan, kebendaan menjadi perbandingan, kebanggaan ketika melanggar apa yang betul, kehidupan di luar rumah adalah rumah. Kerana di situ dianggap sebagai kehidupan.

MILANI KARANBOJIE~ sekadar berkongsi 

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA