Saturday 24 November 2012

GAMBAR KESELURUHAN DEWAN MASYARAKAT TAMAN MUTIARA, BAU.




adab
















Dewan Masyarakat Taman Mutiara, Indah Khabar Dari Rupa. Adakah Hanya Sekadar Perubahan Kosmetik?



Dewan Masyarakat Taman Mutiara, Indah Khabar Dari Rupa. Adakah Hanya Sekadar Perubahan Kosmetik?

adab

Encik Syariff Bin Busrah Presiden Pertubuhan Peradaban dan Warisan Melayu Sarawak menunjukan papan tanda yang menerangkan butir-butir seperti berikut Nama Projek : Naiktaraf BalaiRaya Taman Mutiara, Jambosan, Bau. Tarikh Mula Projek : 3 Oktober 2011, Tarikh Siap Projek 2 Disember 2011.


Dewan yang dicat kelabu itu kelihatan cantik apabila dilihat dari hadapan, namun apabila setelah masuk kedalamnya, perkataan yang terpacut keluar “Ya Allah!…teruknya dewan ini.” Kami terkejut besar melihat dalam dewan berkenaan. Masakan tidak, dari depan sehinggalah kebelakang, kiri dan kanan, termasuk juga diatas, semuanya punah dan musnah teruk dikerjakan manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab dimana turut dibantu oleh burung-burung yang telah memenuhi ruang lantai dengan najis.

“Cantik di luar sahaja dewan ini.” kata Encik Marzuki sambil tersenyum. Kami meninjau keseluruhan dewan, penuh kehairanan dan marah. Ini kerana, mengikut papan tanda didepan pintu masuk menjelaskan “Nama Projek : Naiktaraf BalaiRaya Taman Mutiara, Jambosan, Bau. Tarikh Mula Projek : 3 Oktober 2011, Tarikh Siap Projek 2 Disember 2011″.

  

Dinding dan lantai diconteng dengan perkataan dan ilustrasi lucah, botol-botol arak dipecahkan sehinggakan kaca-kacanya bertaburan. Tingkap dewan semuanya hilang, hanya tinggal bingkainya sahaja. Siling-siling pecah dan berlubang. Astaka dewan atau pentas dewan, lantainya terkopak dan reput.

Tandas, usah ditanya, jelas musnah angkara mereka-mereka yang bodoh. Parit di tepi dewan, tersumbat dan ditumbuhi lalang. Kawasan sekitar dewan, semak samun dan lalang semuanya telah meninggi. Ini adalah bukti bahawa kawasan ini langsung tidak dijaga dan diurus dengan baik.

Menurut Encik Marzuki, penduduk di Taman Mutiara lansung tidak mengetahui siapakah yang diberi tanggungjawab untuk menjaga dewan ini. Ujar beliau lagi, penambahbaikan sepertimana yang dinyatakan di papan tanda hanyalah dicantikkan dengan cat sahaja, tidak termasuk di dalamnya.

Melalui pengamatan penulis, tidak hairanlah mengapa bangunan kelihatan seperti baru sahaja dicat, manakala aktiviti penambaikkan lansung tidak menunjukan sebarang tanda hendak dilakukan, bahkan peralatan dan kelengkapan juga tidak kelihatan.

Perubahan yang nampak dilakukan cumalah perubahan kosmetik. Tambah beliau lagi, sejak tamatnya projek naik taraf kononnya dilakukan, pihak penduduk belum lagi mengguna dewan ini untuk sebarang aktiviti.

Bagi penduduk yang beragama Islam, mereka menghadapi kesukaran untuk berkongsi dewan masyarakat ini. Hal ini kerana, penduduk perumahan Taman Mutiara terdiri daripada pelbagai kaum, seperti Bumiputera dan Cina. Sudah tentu tempat ini diadakan pelbagai aktiviti keramaian dan kemungkinan digunakan sebagai tempat untuk sambutan perayaan.

Jadi, aktiviti yang melibatkan keagamaan Islam sudah pasti tidak dapat dilaksanakan berikutan keadaan tempat yang berkemungkinan dicemari benda-benda haram. Kerana makanan dan minuman bagi Bumiputera dan Cina amatlah bertentangan dengan orang Islam.

Bagi mendapatkan jawapan kepada kedua-dua isu di Taman Mutiara seperti surau dan dewan masyarakat ini, kami mengunjungi Pejabat Daerah Bau untuk berjumpa Ketua Residen bagi mendapatkan jawapan. Namun demikian, Ketua Residen yang ditemui enggan memberi sebarang komen.

Menurut Encik Syariff Bin Busrah Presiden Pertubuhan Peradaban dan Warisan Melayu Sarawak, apabila diminta memberi komen terhadap isu yang berlaku di Taman Mutiara ini menjelaskan, “Melayu di Bau dianak tiri oleh wakil rakyat dan bukannya kerajaan pemerintah.. mana NGO – NGO Melayu?? Melayu ditindas dengan kedudukan alasan minoriti .. kedudukan generasi semakin ketinggalan dengan minda hanya dibawah tempurung.. wakil-wakil rakyat,pegawai-pegawai daerah,ketua-ketua masyarakat yang ada di Bau harus lebih peka dengan keadaan semasa dan keperluan sekeliling.. perkara yang berlaku seperti dewan masyarakat Taman mutiara dan tuntutan pembinaan surau adalah keperluan masyarakat setempat. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.”

Ujar beliau lagi, “Ini jelas menampakan kelemahan yang ketara dipihak wakil rakyat dan pegawai daerah serta ketua-ketua masyarakat di Bau.. saya tidak mahu bercakap mengenai kedudukan politik, tetapi keadaan yang terlihat didepan mata adalah penilaian sebenar.. saya tidak juga bercakap hanya untuk masyarakat-masyarakat Melayu sahaja tetapi untuk masyarakat keseluruhan yang ada di Bau.”

ARTIKEL INI TELAH DISIARKAN PADA 16/11/2012 DI WWW.SUARAGENERASIBARU.COM

DI LUAR KOTAK!!! "HILANG CERITA TIMBUL KISAH"

Wednesday 21 November 2012

15 Tahun Surau Menumpang Di Tadika Yang Dicemari Bau Najis Babi


15 Tahun Surau Menumpang Di Tadika Yang Dicemari Bau Najis Babi

surau

Encik Syariff Bin Busrah, Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Sarawak menunjukan alat pembesar suara Surau Al-Muttaqin.

Amat mengejutkan apabila mengetahui penduduk Islam di Perumahan Taman Mutiara mengerjakan sembahyang di tadika perpaduan. Menurut penduduk yang ditemu bual, mereka telah menghadapi masalah ini sudah 15 tahun iaitu sejak mereka mula-mula menetap di situ. Tambah menghairankan, apabila pembesar suara untuk melaungkan azan, digantung di tepi tadika. Saya mengunjungi tempat ini apabila mendapat makluman daripada ahli Pertubuhan Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Sarawak yang tinggal tidak jauh dari tempat ini.


Bilik kecil inilah yang menempatkan Surau Al-Mutaqqin.



Semasa penulis dan beberapa ahli termasuk Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Sarawak, Encik Syariff Bin Busrah tiba di Tadika Perpaduan yang menjadi surau tumpangan, kami disajikan bau najis yang kuat. Lalu diajukan soalan kepada Encik Marzuki Bin Hashim, Pengerusi Surau Darul Muttaqin dan beliau memberitahu punca kepada bau berkenaan kerana Peusahaan Pertenakan Babi. Ditanya lagi oleh penulis, berapa jauh jarak kawasan berkenaan, mereka menjawab “hanya 5 minit perjalanan”.


Encik Marzuki Bin Hashim, Pengerusi Surau Al-Mutaqqin menunjukan tapak yang dijanjikan untuk pembinaan Surau kepada Encik Syariff Bin Busrah.

Encik Marzuki berkata, “kami sudah terbiasa dengan masalah bau ini, dan sejak dahulu lagi sudah ada (bau najis babi) dan hidung ini dah lali kata orang” katanya sambil berseloroh. Masalah bau najis babi ini dikatakan menyerang pada hari panas dan berangin, sekaligus menggangu penduduk yang mahu mengerjakan sembahyang di Surau berkenaan dan juga memberi kehidupan seharian.



Ruang inilah yang digunakan sekiranya jumlah jemaah ramai.

Kami kemudiannya memasuki Tadika berkenaan dan ditunjukan bilik kecil yang menempatkan ruang untuk dijadikan Surau tumpangan. Didalamnya, terbentang sejadah, peralatan siaraya, Al-Quran serta sejadah yang telah dilipat. Dibelakangnya beberapa telekung untuk kaum wanita mengejarkan solat, kemas digantung. Beberapa gulung tikar sejadah turut didirikan, jelas menunjukan aktiviti keagamaan sering kali diadakan di sini. Kesemua kelengkapan dan peralatan untuk beribadah adalah sumbangan penduduk Islam di taman perumahan itu.


Ruang yang terhad itu hanya mampu dipenuhi 3 saf jemaah sahaja. Sekiranya tidak mencukupi, jika melibatkan jemaah yang lebih banyak seperti tarawih pada bulan puasa, mereka akan menggunakan ruangan di luar bilik berkenaan iaitu tempat khusus untuk kanak-kanak tadika. Mujur kedatangan kami adalah musim cuti. Kami kemudiannya meninjau sekitar tadika berkenaan, agak menyedihkan apabila ruang pembelajaran di bilik berasingan berhadapan masalah kebocoran di siling. Bilik itu dikunci, dan turut diletakan baldi sebagai tempat tadahan untuk menakung titisan air supaya lantai tidak basah.


Bilik yang boleh mengundang bahaya kepada keselamatan kanak-kanak.

Kami kemudiannya ditunjukan lokasi tanah yang dijanjikan untuk pembinaan surau, iaitu hanya berada bersebelahan dengan tadika berkenaan. Geran tanah sudah diluluskan, dan surat juga telah diserahkan kepada Pejabat Residen Bau. Tetapi sehingga sekarang, belum ada jawapan bilakah tarikh pembinaan surau dijalankan. Menurut Encik Marzuki, segala kelengkapan dan peralatan pembinaan sudah berada di Jabatan Kerja Raya (JKR) dan jumlah keseluruhannya adalah RM220 ribu. Tetapi mereka masih lagi memerlukan RM280 ribu untuk menyiapkan surau. Ini kerana, RM220 ribu hanya pembinaan asas sahaja dan tidak termasuk kos kemasan kelengkapan surau. Jumlah keseluruhan untuk surau adalah sebanyak RM500 ribu.
Kami meninjau kawasan yang dikatakan tapak untuk pembinaan surau, terletak betul betul di sebelah tadika, keadaanya masih lagi semak samun menunjukan tiada satu pun pembinaan yang dilakukan. Apabila ditanya, adakah wakil rakyat tahu akan perkara ini, mereka menjawab “Kami pernah menjemput beliau untuk datang semasa majlis berbuka puasa lama dahulu, dan beliau ada memberi sumbangan, tetapi sehingga sekarang kami masih lagi menumpang di sini (Surau)”.
Perkara ini sepatutnya mendapat perhatian daripada pihak berwajib sejak dahulu lagi, ini kerana tempat beribadat untuk agama lain seperti Tokong dan Gereja kelihatan hampir siap sepenuhnya bahkan berdekatan antara satu sama yang lain. Dan mengapa pula Surau untuk penduduk Islam disini terpaksa dibiarkan menanti sejak sekian lama.

Artikel disiar pada 15/11/2012 - 9:20 am oleh Di Luar Kotak!

www.suaragenerasibaru.com


Thursday 15 November 2012

Presiden ADAB Sila Mohon Maaf Kepada Blogger SGB.


Presiden ADAB Sila Minta Maaf Kepada Blogger SGB dan Media.



http://www.suaragenerasibaru.com/




DI LAMAN FACEBOOK SAYA TELAH MENGELUARKAN KENYATAAN INI.

Saya menegur sikap admin Pertubuhan Peradaban Melayu Sarawak yang dijaga sendiri oleh Presiden nya dimana secara jelas berselindung disebalik nama NGO's dan mempergunakannya untuk menghentam media dgn melemparkan beberapa kenyataan kurang enak berniat serta berunsur provokasi. beliau telah mengeluarkan beberapa kenyataan d FB seperti "Suara Generasi Baru.. Feena Syafieya Syafieyna membuka isu ASAL
 KEDUDUKAN "( adakah anda orang Bau)" berniat mempertikaikan asal tempat sesorg berkaitan isu berita tuntutan masyarakat di Bau yang tidak berani dikeluarkan oleh pihak media SGB dan tulisan "siapa berani menegur media" yg dikeluarkan oleh ADAB.. SILA pihak Ketua Pengarah Suara Generasi Baru untuk mengambil tindakan lanjut.. ***ADAB" dan " Feena Syafieya Syafieyna asal dari Semanggang.. "mun ubun2 gik licak, eboh nk tuaeja nk bukak isu asal usul urg.. coba juak anda tanyak CM Srwk atau PM M'sia asal usulnya cney..?? nmpk gilak wakil media Suara Generasi Baru tok sik layak jadi wartawan.. diat ajaklah kat post2 wall SGB ya, penuh dgn agenda2 politik.. apakah suara generasi baru keseluruhannya dimomok sidak2 berkepentingan kepolitikan..??" dan beberapa lagi yg jelas lansung tidak menunjukan kematangan dan bermotif. Sikap anda yang menyerang orang secara terbuka dengan memperlekehkan serta mengaibkan,bukan tindakan yg mencerminkan peradaban dan profesionalisme anda sebagai orang yg dah "keras ubun2 di palak".


NAMUN DEMIKIAN, SAYA TELAH DIBLOCK TEPAT JAM 7.20PM,15 NOV 2012

Laporan penuh mengenai Isu Surau di atas, saya telah siarkan di

 http://www.suaragenerasibaru.com/?p=41784


1. Saya membuat kenyataan bertujuan menegur ADMIN Facebook untuk FB Pertubuhan Peradaban Melayu Sarawak dan beliau juga adalah Presiden. Perkara ini berlaku apabila, beliau telah mengeluarkan beberapa kenyataan seperti di atas, dan banyak lagi (saya tidak dapat copy yang selebihnya sebab sudah kena BLOCK) dan menekankan banyak kali status ini "Siapa Berani Menegur Media". Saya tersinggung.

2. Beliau banyak melontarkan beberapa kenyataan yang kurang enak di dengar beberapa hari serta menyerang FB saya berkali-kali, ini kerana beliau mahu isu surau dan dewan masyarakat (bakal menyusul) dikeluarkan segera. 

3. Sebelum ini, saya telah memberitahu bahawa kami tidak menyiarkan artikel serta merta setelah di hantar ke EDITOR. Mereka akan meneliti terlebih dahulu sebelum menyiarkannya di Laman Web www.suaragenerasibaru.com sebuah portal yang penuh dengan isu-isu semasa dan terkini. 

4. Saya juga telah memohon maaf di atas kelewatan itu secara bersemuka dengan beliau, namun FB saya tetap diserang berkali-kali. Sehingga menimbulkan persepsi kurang senang serta nyata telah mengaibkan kerjaya saya. Saya menjawab dengan baik dan menerangkan bahawa "sabar,artikel itu akan disiarkan tidak lama lagi".

5. Di laman FB ADAB (Pertubuhan Peradaban Melayu Sarawak) yang beliau sendiri kendalikan, mengeluarkan beberapa kali kenyataan berbentuk provokasi sehingga telah memberi gambaran buruk orang lain terhadap saya dimana mereka telah memberi komen sebegini "mungkin awak deal dengan Reporter bahlol".

6. Beliau juga telah mengambil beberapa keping gambar dpd FB saya tanpa kebenaran, malah berterima kasih pun tidak. Saya agak tersinggung apabila beliau telah melontarkan tomahan terhadap Portal www.suaragenerasibaru.com dengan menuduh yang bukan-bukan, provokasi kerana belum lagi menyiarkan isu di atas.

7. Akibat sikap beliau itu, rakan penulis saya saudari Feena (individu yang dinyatakan diatas) telah menjelaskan secara baik tetapi dibalas dengan respon yang kurang menyenangkan daripada beliau. Secara peribadi saya mengkritik tindakan beliau itu kerana jelas berunsur memalukan, memperlekehkan serta mengaibkan bahkan juga turut memburuk2kan media. Feena telah diblock oleh beliau.

8. Saya amat terkesan dengan tindakan kurang matang itu, dan telah mengambil tindakan menegur beliau di FB kerana keterlaluan. Namun demikian, beliau tidak menjawab serta memberi sebarang komen status saya diatas dan mengapa pula saya di BLOCK. Bukankah awak "berani menegur media" seperti yang awak kerap war-warkan di laman sosial.

9. Saya dengan ini menggesa supaya Encik Syariff Bin Busrah Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu dan Warisan Sarawak supaya membuat kenyataan maaf secara terbuka terhadap saya, rakan penulis saya iaitu Feena, rakan-rakan media saya yang lain, dan juga terhadap portal www.suaragenerasibaru.com kerana telah meleparkan beberapa kenyataan buruk, berunsur provokasi, memalukan, mengaibkan, serta tidak matang. 

10. Saya juga mahu anda untuk tidak menggunakan FB Pertubuhan Peradaban Melayu sebagai medium menghentam orang/media sesuka hati kerana dilihat sering kali mengkritik bukan membina sehingga memberi gambaran tidak elok malah memalukan  Pertubuhan Peradaban Melayu itu sendiri. Di manakah etika anda? Jika kamu boleh mempersoalkan kami, kenapa kami sebagai media tidak boleh mempersoalkan profesionalisme anda juga? dimanakah ADAB anda?. 

Wassalam.   





KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA