Tuesday 22 May 2012

Program Bina Taqwa dan Insan


Program Bina Taqwa dan Insan

Memahami, menghayati dan melaksanakan ibadah dengan tepat dan sempurna, secara lansung akan memberi satu kekuatan dalaman yang akan membawa kejayaan dunia dan akhirat.
Usaha membina kekuatan dalaman ini perlu dijalankan terhadap setiap belia secara konsisten melalui pendekatan yang bersifat dari dalam ke luar (inside-out).
Pada hari Jumaat, 4 Mei yang lalu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah dianjurkan Program Bina Taqwa dan Insan. Program yang dijadulkan sehingga 6 Mei itu, telah berjaya mengumpul penyertaan lebih 50 orang remaja yang merupakan pelajar daripada sekolah menengah di sekitar Bandar Kuching.
Antara sekolah yang menghantar wakil ialah, SMK Agama Matang, SMK Matang Jaya, St. Joseph, St. Mary dan SMK Demak.
Modul-modul yang diterapkan antaranya ialah, Harmoni dan Serasi, Menganalisis watak dan Karakter peribadi, Siapa manusia yang cemerlang?, Celik mata hati, Visi dan Misi hidup, Ibadah itu cara hidup, Aplikasi ikhlas dalam beribadah, Ibadah : Konflik dan cara atasinya, Solat sebagai ibadah, dan Luahan rasa.



TAHNIAH … Wakil peserta Program Bina Taqwa dan Insan menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh Tuan Haji Razali Bin Mohamad Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di majlis penutupan program berkenaan.


MENDENGAR … Peserta menunjukkan komitmen mereka ketika menghadiri salah satu modul program.


MUSLIMAH … Penyertaan daripada kalangan remaja perempuan ketika mengikuti program.



1 BELIA!!! … Peserta bersemangat ketika melaungkan slogan 1 Belia, membawa makna objektif program yang dianjurkan telahpun mencapai matlamatnya.

Program yang berbentuk Bengkel Ibadah ini merupakan program awalan yang akan mendorong seseorang untuk melakukan perubahan diri secara sukarela kearah membina kekuatan dalaman bagi merubah sikap, seterusnya memupuk tabiat-tabiat yang cemerlang dalam diri.

Artikel disiar pada May 19, 2012 - 2:51 pm oleh SGBSARAWAK HAMRIZAN

Sembang Mesra Belia DUN Pantai Damai



MESRA … Yang Berhormat Dr. Haji Wan Junaidi ceria ketika bersama belia di Kampung Bako Lot DUN Pantai Damai.



BAKO, Kuching 19 Mei – Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara. Slogan yang pernah kita dengar satu ketika dahulu, yang membawa erti betapa pentingnya belia kepada negara.


Oleh sebab itu, beberapa inisiatif telah dirangka kerajaan bertujuan melahirkan modal insan yang berkualiti sebagai pelapis yang benar-benar mampu menyambung kesinambungan keharmonian dan kesejahteraan negara.

Yang Berhormat Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar berkata, salah satu kaedah terbaik dan berkesan ialah melalui pendekatan secara dekat kepada belia.

Ujar beliau lagi, apabila kaedah ini digunapakai segala info daripada akar umbi akan cepat sampai kepada pemimpin masyarakat, pemimpin belia setempat, ataupun wakil rakyat.

Menurut beliau, Program Sembang Mesra Belia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan ini adalah tepat dalam usaha mendekati golongan belia.

Dalam pada itu juga, beliau menyambut baik penubuhan Parlimen Belia sebagai platfom untuk belia, kerana saluran berkenaan menyeluruh dari pelbagai aspek pembangunan belia.

Menyentuh serba sedikit mengenai Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, beliau memberi cadangan supaya kouta penyertaan belia-belia daripada Sarawak perlu ditambah.

Penyertaan yang terhad ini berpunca daripada bajet pengangkutan tambang tiket kapal terbang yang tinggi kerana tiada jalan perhubungan yang lain untuk ke semenanjung.

Tambah beliau, belia-belia yang tidak berpeluang untuk pergi program seumpama itu adalah sangat rugi.
Dengan nada berseloroh, beliau berkata “Kita naik guna kapal terbang tentera pun boleh sebagai salah satu alternatif lain untuk sampai ke Putrajaya, kalau kos yang lain sangat membebankan”.

“Mereka yang berpeluang hadir di Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, anda sebenarnya sangat beruntung terpilih untuk pergi bagi menyaksikannya dan apabila anda pulang kelak, sila kongsikan pengalaman yang telah diperolehi kepada rakan-rakan yang tidak berpeluang ke sana” katanya.

Tambah beliau lagi, belia-belia di negara ini seharusnya berbangga kerana memeliki sebuah negara yang stabil dari segi sudut politik, sosial sehinggakan kita mampu membangun dalam situasi aman dan damai.

Di akhir ucapannya, “Belia-belia seharusnya fokus dalam pelajaran serta menolak budaya demonstrasi di jalanan, kerana peperangan yang tercetus sebenarnya tidak menyelesaikan masalah”katanya.

Artikel disiar pada May 21, 2012 - 4:33 am oleh SGBSARAWAK HAMRIZAN

Thursday 17 May 2012

BEST SLOW MOTION DANCING EVER!!!




Menari juga boleh hilangkan STRESS. Itu FAKTA!.Jadi santai sekejap jika tidak dapat menari, kerana sekadar melihat sahaja kita akan terhibur~ 


Tuesday 15 May 2012

MOGOK LAPAR SAUDARA KITA RAKYAT PALESTIN!!!

PROFILE PICTURE FACEBOOK ... Poster inilah yang digunapakai oleh Kelab IKRAM Mesir untuk mengajak kepada yang prihatin terhadap mogok lapar yang dilakukan oleh tahanan Palestin di penjara Israel. Isu ini cuba ditutup oleh Media Barat, supaya berita ini tidak sampai kepada masyarakat dunia!!!



MOGOK LAPAR YANG TERBESAR DALAM SEJARAH ..!!!



Bilal Thiab ... 76 Hari
Thaer Halahleh ... 76 Hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 Hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 Hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi ... 32 Hari


lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hariBerkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

*mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh,,, sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana,tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita buat , Perang Media !


AKHIRNYA, MAHATHIR TEGUR MARINA ISU BERSIH 3.0!!!

KENANGAN ... Dari kanan, Tun Dr. Mahathir, Gambar di tengah-tengah ialah Marina Mahathir, dan Gambar dari kiri pula ialah, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Baru baru ini, Pemimpin yang saya kagumi iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad telah dikatakan menjawab bagi membetulkan kenyataan Marina Mahathir (anaknya) berkenaan peristiwa perhimpunan BERSIH 3.0

BELIAU BERKATA ;

 " Ramai yang tercedera bukan dipukul oleh polis. Demonstran juga menyerang orang awam yang mereka fikirkan memerhati dan merakamkan apa yang sedang berlaku.


“Dan terdapat samseng-samseng yang dilatih khusus dari Pas yang memakai baju merah yang tugas mereka adalah untuk menggunakan kekerasan"


Mahathir berkata Marina yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 tidak tercedera kerana dia tidak cuba untuk memecahkan sekatan yang diletakan oleh pihak berkuasa. Kiranya semua demonstran mencontohinya maka tidak ada seorang pun yang akan tercedera.


Mahathir juga berkata Marina tentunya mengetahui bahawa di tempat lain sekatan telah dibuang , cermin kereta polis diketuk dan dipecahkan dan kereta diterbalikkan.






Monday 14 May 2012

METRO SILA MOHON MAAF KEPADA BANGSA PENAN!!!


WAJAR! Itulah tindakan yang perlu dibuat oleh akhbar Metro diatas tindakan mereka menyiarkan berita tidak benar dan semberono terhadap bangsa Penan.

METRO SILA MOHON MAAF KEPADA BANGSA PENAN!!!

Ini teguran kepada METRO, kajian terlebih dahulu dengan mengambil kira sensiviti kaum adalah WAJIB supaya cerita-cerita mengarut seperti diatas tidak berulang lagi!!!




Sunday 13 May 2012

AKHBAR HARIAN METRO MENGHINA ORANG SARAWAK???


Tajuk yang dikeluarkan oleh akhbar Metro di atas,dikatakan melampaui batas, bertujuan menghina kaum Penan, dan sengaja menyentuh sensiviti kaum telah menimbulkan perasaan kurang senang daripada orang bumi Kenyalang.

Tindakan Hadzlan Hassan itu, iaitu wartawan Metro dikatakan "menulis tanpa usul periksa" terlebih dahulu telah mengundang persepsi negatif terhadap masyarakat minoriti kaum Penan.

Laporan berkenaan disanggah oleh rakyat di negeri Sarawak yang menganggap berita yang dilaporkan oleh Metro itu adalah tidak benar dan telah melampaui batas. Kenyataan dan Bantahan rakyat SARAWAK YANG CINTAKAN PERPADUAN dapat dilihat di
dalam page Facebook I Love Sarawak di bawah. 

Wednesday 9 May 2012

BELIA : Jadikan Bidang Perniagaan Sebagai Kerjaya Pilihan.


Kuching, Unit Pembangunan Sosioekonomi di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak baru-baru ini telah menganjurkan Kursus Asas Keusahawanan Peringkat Negeri 2012 pada 4 hingga 6 Mei yang lalu.
Kursus yang dijalankan selama 3 hari itu telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan telah disertai 50 orang belia tempatan.

Menggunakan kaedah “mengalami dan memahami” melalui aplikasi dan simulasi perniagaan. Pendekatan ini dianggap mudah dan berkesan kerana belia dan usahawan belia boleh memahami konsep-konsep perniagaan melalui penglibatan aktif percambahan minda, tugasan, pelaksaan perancangan, pelan pemasaran dan kewangan, pengawasan dan penambahbaikkan perniagaan.
TEKUN ... Peserta Kursus Asas Keusahawanan sedang menyiapkan tugasan yang diberi. 
MEMBERI PERHATIAN ... Peserta Kursus fokus ketika sesi ceramah keusahawanan berlangsung.
KERJASAMA ... Peserta kursus turut diberi tugasan di dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah selain mengeratkan hubungan silaturahim diantara peserta.
BERKONGSI PENGALAMAN ... Penceramah jemputan sedang menyampaikan syarahannya mengenai bidang perniagaan kepada peserta kursus. 

Kursus yang memantapkan lagi ilmu keusahawanan ini, sangat jelas dalam memberi pelbagai pendedahan kepada peserta. Ianya juga sebagai satu usaha membentuk usahawan yang bertanggungjawab dalam aspek pengurusan kewangan dan pengurusan perniagaan. Sehingga mampu mewujudkan jaringan hubungan dan kerjasama antara usahawan dan perkongsian perniagaan. Objektifnya, supaya golongan belia lebih yakin untuk menjadikan bidang perniagaan sebagai kerjaya pilihan yang menjamin masa depan.  

Hal ini kerana, belia yang menceburi bidang perniagaan berfungsi menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Belia yang kreatif serta berinovatif dalam bidang perniagaan dilihat mampu membuka peluang baru. Keadaan ini secara tidak lansung menyumbang kepada bahagian perkhidmatan dan produk yang memenuhi kehendak pelanggan. 

TAHNIAH ... Tuan Haji Razali Bin Mohamad menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta kursus pada majlis penutupan di Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.


Monday 7 May 2012

Sarawak Intai Johan Paralimpik 2012 Di Pahang


Ahad, 6 Mei 2012. Negeri Sarawak berhasrat untuk terus mengungguli sebagai johan di Kejohanan Paralimpik Ke-10 di Pahang dalam bulan Oktober nanti.

Ahli Yang Berhormat Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi ADUN N.4 Pantai Damai berkata, tidak mustahil untuk Negeri Sarawak menjadi johan buat kali Ke-10, setelah 9 kali Johan Paralimpik Kebangsaan.

“Apa yang penting ialah kerjasama dan tolong menolong diantara agensi seperti JBS, MSN, JKM, dan PESRON Sarawak perlu ada disamping kerjasama pemimpin-pemimpin sukan”,katanya.

Yang Berhormat Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi juga menekankan perlunya perancangan yang rapi dan atlet yang berdisiplin dan berjiwa besar bagi mengibar bendera Sarawak di Pahang kelak.

Seramai 47 orang yang terdiri dari AJK PESRON dan wakil-wakil Persatuan Sukan dan atlit OKU telah menghadiri Seminar Pembangunan PESRON 2012 bertempat di Dewan Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

TAHNIAH ... Yang Berhormat Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi ADUN N.4 Pantai Damai bersama Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak menyampaikan sijil tamat kursus Seminar Pembangunan PESRON 2012 di Dewan Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak

Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Tuan Haji Razali Mohamad dan Presiden PESRON Sarawak Encik Ahmad Othman.

Thursday 3 May 2012

Anwar dan Azmin diasak wartawan! Jawab isu rempuhan di Dataran Merdeka.



SEKARANG, KITA LIHAT BAGAIMANA MEREKA MENJAWAB SEMUA INI.

FIKIR-FIKIRKANLAH.


DEMI MASA DEPAN MALAYSIA!

Komen Tun Dr. Mahathir mengenai BERSIH 3.0! Wajib dengar!




RENUNG-RENUNGKAN WAHAI RAKYAT MALAYSIA

Sembang Mesra Belia DUN Bengoh






DUN BENGOH – Balai Raya Kampung Punau telah menjadi vanue Program Sembang Mesra Belia peringkat DUN Bengoh, iaitu kawasan di dalam Parlimen P.198 Mambong.
Program ini telah dihadiri oleh Encik Wilson Anak Mapus, Ketua Pemuda SUPP DUN N.16 Bengoh. Turut hadir bersama pegawai-pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kuching. Jumlah belia yang hadir pada malam itu sebanyak 43 orang.
Antara isu-isu belia yang dibangkitkan di dalam sesi dialog antaranya memohon penglibatan belia di kawasan setempat untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak ataupun mana-mana agensi yang berkaitan pembangunan belia. Dengan menyertai seumpama itu masalah sosial melibatkan belia setempat mampu dikurangkan.
Dari sudut sukan pula, belia setempat turut memohon kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak supaya membina Gelanggang Futsal 1 Malaysia di tempat mereka. Ini kerana, kemudahan seperti itu tidak terdapat di tempat mereka.
Menyentuh mengenai isu informasi dan maklumat, belia setempat memaklumkan penyebarannya tidak meluas. Sekaligus menyebabkan informasi mengenai peluang-peluang pendidikan mahupun kemahiran yang disediakan oleh pusat-pusat latihan kemahiran tidak sampai kepada mereka.
Kegagalan mendapat info terkini seperti itu telah menyebabkan belia setempat ketinggalan dalam arus pembangunan dari pelbagai sudut seperti pendidikan, pekerjaan, dan lain-lain yang berkaitan.
Keadaan ini jelas merugikan mereka disamping jurang antara belia luar Bandar dan Bandar dilihat semakin ketara.
Penyebaran informasi dan maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan seharusnya menyeluruh di kesemua tempat wakima kawasan itu jauh ataupun dekat. Penambahbaikkan saluran ini harus disegerakan supaya jumlah keciciran belia di luar Bandar dan juga belia di kawasan pendalaman dapat dikurangkan, ujar mereka.
Mereka juga menyambut baik pelaksanaan program sebegini (Program Sembang Mesra Belia) kerana kehendak dan keperluan belia setempat di dengar serta diambil kira. Ini kerana, keciciran di kalangan belia setempat dikatakan berpunca daripada penyebaran informasi dan maklumat yang tidak meluas. Disebabkan itu, pendekatan secara terus seperti kaedah yang diguna pakai Kementerian Belia dan Sukan ini dilihat sangat berkesan, kata mereka.
Ujar mereka lagi, sesi dialog bersama agensi berkaitan pembangunan belia seperti ini hendaklah diteruskan dari semasa ke semasa. 
Apabila medium ini digunapakai,  isu keciciran belia setempat dari pelbagai sudut diatasi dengan berkesan dan sistematik. Disamping,usaha bagi merapatkan jurang antara belia luar Bandar, belia kawasan pendalaman dan belia Bandar dapat direalisasikan.
Mereka berharap setelah tamatnya sesi dialog ini, segala perkongsian permasalahan yang mereka alami mampu memberi impak yang akan membawa kepada tindakan susulan pihak berwajib.
Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara

Sembang Mesra Belia DUN Pakan


DUN PAKAN -  Kawasan Pakan yang berada di dalam kawasan Parlimen Julau telah melaksanakan Program Sembang Mesra Belia. Program yang dianjurkan pada waktu petang itu telah diadakan di Rumah Panjang Empi Tanjung Pakan. Antara tetamu yang hadir ialah Encik Johari Abdullah Ketua Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, hadir bersama ketika itu ialah Encik Empi Anak Daeng Tuai Rumah Panjang berkenaan. Penyertaan belia setempat adalah seramai 55 orang.

Sesi dialog kemudiannya mengambil tempat dimana belia di kawasan berkenaan telah mengemukakan pelbagai permohonan seperti memohon pembinaan gelanggang futsal. Penulis difahamkan belia setempat sangat aktif menjalankan aktiviti sukan. Sebab itu, memiliki prasarana sukan berkenaan sangat diperlukan mereka.

Dalam pada itu juga, mereka turut memohon kepada pihak berwajib untuk menaik taraf gelanggang sepak takraw yang dikatakan sudah uzur. Keadaan ini, ujar mereka boleh mendatangkan kecerderaan jika kemudahan sukan berkenaan diteruskan penggunaannya tanpa diselenggarakan dengan baik.

Bagi kaum wanita pula, mereka memohon untuk diberikan latihan asas memasak.

Isu memeliki pekerjaan juga disentuh. Menurut mereka, kekurangan peluang pekerjaan telah mengakibatkan ramai diantara mereka masih lagi mengganggur. Mereka menjelaskan bahawa, memiliki kerjaya sehingga memperolehi pendapatan tetap, mampu menjamin kehidupan yang lebih berkualiti. Tambah mereka, kehidupan yang mereka hadapi kini sangat mencabar kerana kesemua keperluan asas kehidupan memerlukan nilai ringgit. Disamping itu, mereka semakin dibebani kesan kenaikan harga barangan keperluan asas dan lain-lain, jelas mereka.

Mereka juga memohon pihak berwajib untuk memikirkan apakah langkah terbaik bagi menyelesaikan isu kekurangan peluang pekerjaan memandangkan kenaikan harga barang yang membebankan.

Disebalik itu, ada juga diantara mereka berminat untuk memulakan perniagaan. Jadi mereka memohon supaya diberi suntikkan modal untuk membeli mesin membuat parang dan sumpit. Jika bantuan berkenaan disumbangkan, perusahaan pembuatan parang dan sumpit berjaya direalisasikan selain menggalakkan daya saing industri kecil dan sederhana. Perusahaan sedemikian akan memberi pulangan lumayan kepada pengusahanya, selain industri ini juga mampu membuka peluang pekerjaan kepada belia setempat yang mengganggur, kata mereka.

Luahan belia setempat antara lainnya ialah, belia setempat terkilan disebabkan kelibat wakil rakyat ADUN dan Ahli Parlimen di kawasan mereka hanya dilihat pada waktu proses pengundian sahaja. Keadaan ini menyebabkan masalah yang mereka hadapi tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Ujar mereka lagi, wakil rakyat seharusnya kerap menjenguk rakyat supaya mengetahui apakah yang mereka perlukan. Komitmen wakil rakyat di kawasan berkenaan harus segera diperbaiki supaya kebajikan rakyat terjamin.

Dari sudut pembangunan pula sangat menyedihkan Penulis, mereka memaklumkan bahawa jalan perhubungan dari Rumah Panjang masih lagi belum berturap sejak dari dahulu lagi. Usaha untuk menaikkan kemudahan asas pula, seperti elektrik dan air bersih dilaporkan belum dilaksanakan. Buktinya, beberapa rumah panjang masih lagi menggunakan bantuan generator untuk menghidupkan lampu. Mengenai bekalan air bersih pula, penulis difahamkan perkara berkenaan telah dipohon namun sehingga sekarang tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berwajib. Ini bukan lagi sekadar isu ketinggalan, malah mereka telah diabaikan sejak dahulu lagi.

Isu berkenaan telah menjadi sesi dialog terakhir yang dibahaskan oleh belia setempat. Program kemudiannya diteruskan dengan aktiviti karaoke dan barbeque.

Penulis menyokong cadangan belia setempat yang mahu mewujudkan perusahaan idustri kecil dan sederhana di kawasan setempat mereka. Disamping menggalakkan orang bumiputera di bumi Kenyalang menceburi bidang perniagaan.

Kesemua keluh kesah belia setempat yang telah diluahkan ketika sesi dialog ada diantaranya menggusarkan penulis, jadi penulis sangat terkesan menegaskan bahawa beberapa isu kritikal yang dikatakan hampir nazak perlu diberi perhatian, malah tindakan segera juga harus diambil.

Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan

Sembang Mesra Belia DUN Simanggang





Yang Berhormat Datuk Francis Harden Anak Hollis, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Menteri Muda Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.27 Simanggang telah menghadiri Program Sembang Mesra Belia.

Program berkenaan telah diadakan di Dewan Suarah Sri Aman dan telah dihadiri belia setempat seramai 107 orang. Kepelbagaian etnik peserta yang hadir telah menjadikan suasana program ini lebih cantik.
Pada sesi dialog bersama pemimpin, belia setempat telah membahaskan beberapa isu seperti isu pendidikan, isu peluang pekerjaan, isu sukan, isu sosial belia, dan juga isu pembangunan infranstruktur di kawasan setempat.

Isu pendidikan yang dimaksudkan ialah ketiadaan institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun swasta yang berhampiran dengan kawasan setempat. Mereka menjelaskan, perkara ini telah menjadi masalah kepada mereka kerana terpaksa pergi lebih jauh untuk menyambung pendidikan. Keadaan ini sebenarnya sangat membebankan mereka yang berhadapan sukar seperti kenaikan harga barang.

Menyetuh isu sukan, mereka memaklumkan bahawa kawasan yang mereka duduki sekarang mengalami masalah ketandusan kemudahan prasarana sukan. Disebabkan itu, belia-belia setempat menjadi kurang aktif sehingga menyebabkan mereka beralih kepada aktiviti yang lain.

Ketiadaan peluang pekerjaan telah menyebabkan masalah pengangguran semakin serius. Perkara ini amat merisaukan mereka kerana, peningkatan kegiatan jenayah seperti pecah rumah dilaporkan kerap berlaku di kawasan mereka. Bimbang akan keselamatan nyawa dan harta benda, mereka menggesa kepada pihak yang bertanggungjawab supaya memandang serius perkara ini.

Selain daripada itu, masalah sosial melibatkan remaja bawah umur dilihat semakin meruncing. Jelas mereka, masalah ini menunjukkan peningkatan drastik. Ujar mereka lagi, masalah sosial yang dimaksudkan ialah remaja bawah umur ini dilihat mula berjinak-jinak dengan aktiviti yang tidak sihat. Antaranya ialah remaja melibatkan diri untuk menganggotai kumpulan samseng, menghisap rokok, cenderung untuk ponteng sekolah, menyalahgunakan dadah, dan minum arak.

Senario ini sekaligus menyebabkan kawasan persekitaran yang mereka duduki menjadi tidak selamat ,keadaan ini jelas dilihat pada tingkah laku remajanya. Jika keadaan ini gagal dibendung ianya boleh mengundang persepsi negatif masyarakat luar yang datang ke kawasan mereka. 

Keadaan infranstruktur jalan raya dilaporkan mengalami kerosakkan yang agak teruk di kawasan Bandar, kawasan perumahan, dan juga rumah panjang. Bekalan elektrik di beberapa rumah panjang juga masih lagi belum dinaikkan, ini menyebabkan penghuni rumah panjang berkenaan bergantung sepenuhnya kepada mesin generator. 

Oleh itu, mereka sangat berharap kepada pihak berwajib supaya membantu mereka kerana kenaikan harga barangan semasa sedikit sebanyak telah menambah beban kepada mereka.
Selesai sahaja majlis dialog bersama pemimpin, aturcara program kemudiaanya diisi aktiviti cabutan tiket bertuah dan juga sesi karaoke.

KELAB PENYOKONG POLIS

GELOBANG ANAK MUDA